Kelas Usahawan Roti Maria di Kilang Roti Maria, Nilai, 28 April 2019, 9 pagi hingga 5 petang, Part 2

Kita sambung kisah meroti di bahagian 2 plak ye.

Ada 9 modul yang diajar sepanjang Kelas Usahawan Roti Maria selama almost 8 jam tu:

1. Teori Roti
2. Bancuhan adunan roti guna tangan
3. Bancuhan adunan roti guna mesin
4. Membentuk Roti
5. Memerap Roti
6. Menghias Roti
7. Membakar Roti
8. Membungkus Roti
9. Usahawan Roti

Modul 1 hingga 7 diajar oleh Chef Baudin. 

Model 8 dan 9 diajar oleh anak Chef iaitu Ustazah Nurliyana yang juga merupakan Marketing Director untuk Roti Maria.

Setiap modul memang penuh dengan perkongsian ilmu dan tips.

Den cerita sikit serba ringkas tentang setiap modul ye.

Teori Roti

Ni cerita pasal resepi roti. Jenama bahan yang mampu milik tapi harga premium, etc.

Maklumat kat mana nak beli mesin untuk mengadun roti, membentuk roti, etc yang harganya paling mampu milik di pasaran.

Banyak soal jawab kat sini. Tanya resepi lain pun iya juga. Resepi pau sedap, roti pizza, roti Perancis, etc.
Nko nengok la ha. Beriya den menyalin nota hehehehehe

Bancuhan adunan roti guna tangan

Chef bahagikan kitaorang kepada 2 groups. 

Chef cakap kena rasa sendiri macam mana bancuh dan uli bancuhan roti dengan tangan. ½ kilogram tepung je pun tapi adoi la jenuh nak mengulinya. Rasanya by the time kitaorang habis membancuh dan uli adunan tuh, semua dah ada extra muscles kat lengan hehehehehehe.

Kesimpulannya kalau ada plan nak menjual roti secara kecil-kecilan pun, sila la beli mixer ye.
Gambar dok sakan menguli takde, so den letak gambar bahan-bahan untuk buat roti ye
Bancuhan adunan roti guna mesin

Chef minta kitaorang bancuh 7 kilogram tepung menggunakan mesin adunan roti. Chef cakap semua bahan mesti kena sukat tepat terutamanya air. 
Sekejap je mesin ni menguli 7 kg tepung. Awak uli tepung 1/2 kg secara berkumpulan pun terkial-kial hehehehehehe.
Membentuk Roti

Nih part paling happening untuk den.

Chef ajar cara membentuk roti secara manual. Leceh ooo kena potong, sukat, timbang, etc.

Bila Chef tunjuk cara membentuk roti guna mesin. Makk aiii memang senang sangat. Tekan 3, 4 butang….tadaaa….dah siap terpotong/terbentuk roti elok je setiap satu 70 gram. Geram wei tengok gebu gebas elok je terbentuk adunan roti tuh. 
Nih adunan yang kitaorang uli dengan tangan
Haish den tuh berebut adunan ke apa tuh
Adunan yang elok je terpotong 70 g setiap satu menggunakan mesin
Den ni memang senang je nak digembirakan hatinya. Adunan roti comel pun hati dah berbunga-bunga hehehhehehe.

Seronok wei tengok Chef membentuk roti. 

Chef tunjukkan cara bentuk roti inti kacang merah (2 bentuk), inti kelapa, inti kaya, butter bun, roti golok, roti sosej (3 bentuk) dan garlic bread.
 
Masa ni memang banyak steps yang minta Chef ulang sebab macam terblur-blur eh kenapa tiba-tiba roti ni termelingkar comel je jadinya camtuh la.

Kitaorang dapat sorang 9 adunan 70 g tuh untuk dibentuk tiap seorang.
Comel tak roti-roti yang den bentukkan ni ha?
Memerap Roti

Chef bagi tips untuk dapatkan hasil perapan yang terbaik. Kat kilang Chef memang ada tempat khas untuk perap roti.

Menghias Roti

Nih pun sesi yang best sebab masa ni kita tabur bijan, kismis, mix fruits, cheese, etc pada roti.
Membakar Roti

Seronok tengok Chef bakar semua roti yang dah dibentuk dalam relau pembakaran. Sekejapan je boleh masak segerombolan roti.
Hasil roti semua peserta
Nih hasil adunan yang uli guna tangan tuh. Chef bakar buat roti loaf.
Den punya butter bread. Ada cheese dan mix fruits.
Garlic bread dan roti kaya
Sosej bread with mayonis. Si F makan sorang je ni.
Another garlic bread
Bun kacang merah
Roti golok patutnya ni tapi tak sure kenapa kejadiannya macam ni hahahahahaha
Another sosej bun
Bun kacang merah
Membungkus Roti

Ustazah bagi maklumat tentang pembungkusan roti secara komersial. Maklumat apa yang perlu ada macam logo, etc. Apa beza daripada segi sticker dan bungkusan yang Roti Maria ada.

Usahawan Roti

Ustazah cerita tentang sejarah Roti Maria, peruntukan atau dana Kerajaan yang boleh dipohon apabila nak mulakan atau nak perkembangkan bisnes roti, etc.

Hasil berguru dengan Chef Baudin daripada @Roti Maria sehari suntuk semalam.
Walaupun ada rupa doh den terpleot sebab tangan keras tidak berseni tapi tetap la jua den happy sebab tak sangka roti den menjadi (of course dengan bantuan dan pemantauan rapi oleh Chef).

Terima kasih Chef sebab sudi memberi tunjuk ajar, share tips, resepi dan ilmu meroti.  

Korang kalau dok tercari-cari kursus meroti, korang mesti pergi ke Kelas Usahawan Roti Maria di Kilang Roti Maria sebab in sya Allah memang berbaloi-baloi. 

Korang boleh tengok updates tentang maklumat kelas, etc di Facebook https://www.facebook.com/perniagaansrisamuderadesa/

5 comments:

  1. lepas ni buleh buat biskut raya n jual kat kwn2 la secara kecil2an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah Abam Kie. Doakan sarie ye:)

      Delete
  2. Seronok pulak tengok ni. Saya pernah buat roti pizza uli dengan tangan kak sarie.. serius laaa.. memang letih, penah, lenguh semua ada... last2 sekali tu je buat... tapi puas hati sebab hasilnya menjadi walaupun lenguh2 tangan ni.. cumanya sy xminat pulak buat secara komersil... buat makan sendiri ok la.. tu pasal sy suka tgk kak sarie & kagum sebab ksarie bercita2 nak buat secara komersil... sy doakan ksarie berjaya kejar impian ksarie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn....thanks tau Ezzan. Berharap benar nak bersara awal nih ha hehehehe. Moga Ezzan pun boleh bersara awal dengan hasil penulisan cerpen dan novel

      Delete
  3. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (WA +855 96315624)^^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.