Berikan Perabot Lama Anda Sentuhan Baharu, Dengan WD-40®!

12:57
Kalau korang nak kurangkan jumlah sisa yang dibuang untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik bagi generasi akan datang because we borrow the planet from our children, korang boleh buat 3R  k iaitu, kurangkan (Reduce), guna semula (Reduce) dan kitar semula (Recycle)?
 
Salah satu cara untuk membantu korang mulakan konsep 3R adalah dengan memberikan sentuhan baru kepada perabot lama, bukannya membuang atau menukar perabot yang masih elok kepada jenama baharu yang lebih mahal, bukan hanya sebab inflasi tapi ianya tidak semestinya memberikan kualiti atau reka bentuk yang lebih baik.

Apa yang korang perlukan sebenarnya ialah tin biru dan kuning, Produk Pelbagai Guna WD40® bagi membantu korang mengembalikan sinar perabot lama tuh. 

Berikut adalah empat perkara utama yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum melakukannya:

1) Jika ia adalah sofa kulit atau apa-apa sahaja perabot jenis kulit, ia sebenarnya sangat mudah dibersihkan. Korang cuma perlu sembur dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® dan lap dengan kain lembut dan kering, gosok sedikit permukaan kulit. Jika korang buat macam ni, ia bukan sahaja membersihkan dan melicinkan kulit perabot, malah membuatkannya bersinar seperti baru.
2) Jika meja lama atau bahagian dapur korang penuh dengan kesan cawan, jangan risau k. Hanya semburkan sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® dan biarkan sekejap, gosok dan kesan kotoran berkenaan akan hilang. Permukaan akan menjadi seperti baru. Biarpun permukaan mempunyai contengan krayon atau tanda lain, korang tidak perlu risau. Lakukan cara yang sama.
3) Apabila kita memerlukan lebih banyak kerusi untuk acara atau parti yang bakal diadakan dan semua kerusi plastik atau kerusi taman tuh sudah lama tersimpan di rumah. Dah tentu ada kerusi yang warnanya telah pudar dan terdapat kesan kotoran degil yang telah terkumpul bertahun-tahun. Oleh itu, korang hanya perlu sembur dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® ke kerusi terbabit dan gosok kuat sedikit. Korang akan kagum dengan hasilnya.
4) Satu set pemanggang BBQ selalunya agak mahal. Jika ia dibiarkan terlalu lama dan tidak digunakan, senang sangat set BBQ menjadi kotor dan berkarat. Sebelum korang mengetahui kaedah ini, sudah pasti korang ada terfikir nak buang je set pemanggang BBQ tuh kan. Tetapi sebenarnya barang tuh boleh diselamatkan lagi dengan hanya membersihkannya. 
Mulakan dengan menyembur sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® ke atas tempat pemanggang dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Selepas itu, semburkan semula, kemudian gosok larutan itu dengan kain kering atau aluminium foil. Bersihkan sebarang sisa kotoran dengan tuala kertas. 

Sekiranya terdapat kesan kotoran (sama ada daripada sisa makanan lama atau lain-lain jenis) yang terperangkap pada tempat pemanggang, korang hanya perlu sembur, kemudian hilangkan kotoran dengan menggunakan berus dawai atau berus kasar, sebelum mencucinya dengan air panas dan sabun.

Produk Pelbagai Guna WD-40® selamat untuk digunakan pada logam, getah, kayu dan plastik. Ia juga boleh digunakan untuk permukaan logam yang dicat tanpa memberi sebarang kesan kepada cat. 

Untuk maklumat lanjut mengenai lebih daripada 2,000 kegunaan Produk Pelbagai Guna WD-40® yang boleh dipercayai, sila layari https://wd40.asia/.

3 comments:

  1. alat ni memang wajib ada di rumah b=abam kie,

    ReplyDelete
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (WA +855 96315624)^^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.