Iltiqa’ Saakinain (Pertemuan Dua Sukun)

Lagho betul la den ni. Dah masuk umur 41 tahun baru den tau tentang kewujudan hukum tajwid Iltiqa’ Saakinain pada Ramadhan yang lepas. Maknanya selama ni bila ada kesempatan membaca AlQuran memang ada ayat yang tersalah baca huhuhuhuhuhu.

Selama ni den memang terus baca ayat yang terlibat tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan tu perlu ditambah 'nun baris bawah'.

Kalau ikut info daripada pelbagai blog berkaitan tajwid yang den sempat tengok sekupang dua, terdapat 33 tempat di dalam beberapa ayat AlQuran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Walau bagaimanapun ada juga tambahan 2 ayat lagi yang juga mempunyai hukum Iltiqa’ Saakinain Iltiqa’ Saakinain.

Semua maklumat yang den nak share ni den dapat daripada pelbagai blog tajwid macam jomtajwid.com, pena-tokjanggut.blogspot, almukhlisin.my, cepatquran.my, etc.

Sebelum den share ayat-ayat yang mempunyai hukum Iltiqa’ Saakinain ni, den sharekan sedikit info apa yang dikatakan Iltiqa’ Saakinain tuh ye. 
Disebabkan ada almost 35 tempat (34 ayat) yang mempunyai hukum Iltiqa’ Saakinain ni, den akan bahagikan post tentang Iltiqa’ Saakinain ni kepada 4 bahagian ye sebab kalau letak semua ayat dalam 1 post akan jadi panjang berjela pula nanti.

Untuk memudahkan kita mengingati ayat yang mempunyai hukum Iltiqa’ Saakinain ni, lebih elok kita tandakan terus di dalam AlQuran supaya kita tidak terlupa nanti ye.

Semoga kita sama-sama dapat berusaha untuk memperbaiki bacaan AlQuran dengan tajwid yang betul sebagaimana AlQuran diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallahu alayhi wassalam melalui Malaikat Jibril.

In sya Allah dalam next post den akan sharekan 12 ayat yang mempunyai hukum Iltiqa’ Saakinain ni ye.

P/S Kalau ada maklumat dalam post den berkaitan hukum Iltiqa’ Saakinain ni yang tersalah mohon ditegur dan diperbetulkan ye.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.