Siapa yang kenal den memang tau bab masak memasak ni memang den sangat terpleot sebab tuh dalam blog den jarang sangat nak share resepi hehehehehe.

Den tak sure kenapa den tiba-tiba tergerak hati nak joint beberapa kelas baking bermula akhir April lepas.

Bermula hujung April hingga setakat entry ni ditaip, den dah pergi 6 kelas:

1. Kelas Studio Kek Premium, Seksyen 7, Shah Alam - 20 April 2019. Yang nih den dah cerita di SINI.

2. Kelas Usahawan Roti Maria, Kilang Roti Maria, Nilai - 28 April 2019. Yang ni baru siap draft cerita bahagian 1. Nanti den share ye. Cerita bahagian 2 entah bila nak siap heheheehehehe.

3. Fancy Cookies Class Basic, My Kekiss, Setiawangsa - 1 Mei 2019.

4. Tart Making Workshop, SeaPark, Petaling Jaya - 11 Mei 2019.

5. Kelas Kek Bajet, Seksyen 7, Shah Alam - 18 Mei 2019.

6. Kelas Hands Off, Subang Bestari - 19 Mei 2019.

Semua roti, kek dan biskut yang den belajar di dalam semua kelas ni den tak cuba buat sendiri kat rumah pun. Haish. In sya Allah nak kayuh juga pelan-pelan cuba buat nanti lepas raya.

Ramai kawan-kawan dok tanya den adakah den pergi kelas memasak ni semua sebab den nak berhenti kerja dan meniaga? Setakat ni belajar je tapi in the future who knows right kot-kot nih adalah salah satu kaedah bagi merealisasikan impian den bagi #roadtoearlyretirement gitu heheheheeehehe.

In sya Allah den akan share cerita semua kelas masakan yang den pergi di dalam blog ni sebagai kenangan den. Kot-kot cerita den ni nanti sedikit sebanyak boleh bagi guide pada mereka yang dok tercari-cari kelas masakan mana yang depa nak pergi, den dah cukup happy.

In sya Allah setakat entry ni ditulis, den dah berangan nak pergi ke beberapa kelas lagi selepas raya. 

Doakan den istiqamah ye.

1 Comments

  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (WA +855 96315624)^^

    ReplyDelete