Juadah Ramadhan Di Lepaq Place, Seksyen 20, Shah Alam

15:18
Lepaq Place Café ni terletak di bawah apartment den. Memang senang sangat k hidup orang kat apartment tuh. Agak-agak malas nak keluar tapi kelaparan, whatsapp je tauke kedai yang manis tuh nak makan apa. Lepas tuh tunggu je la makanan dihantar sampai ke depan pintu. Macam mana la kan den tak kekal bulat kan? Hehehhehehehee.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, Lepaq Place beroperasi dari 3 petang - 6.30 petang k.
Juadah ala Bazaar Ramadhan di Lepaq Place:

1. set berbuka puasa yang sempoi tapi sedap dan ready to go;

2. lauk pauk; dan 

3. kuih-muih termasuklah Kuih Tepung Pelita Inn.

Set Berbuka Puasa Sempoi, Sedap dan Ready To Go

Setiap set cukup nutrisi dengan rasa macam mak-mak masak. Ada nasi + lauk + sayur + kuah + buah-buahan.

Ada 4 set semuanya:

Set A: Nasi Beriani Kambing + Air mineral + Air Tin/Air kotak - RM 17.50.
Set B: Nasi Ayam Masala + Air mineral + Air Tin/Air kotak - RM 15.50.
Set C: Nasi Pajeri Nanas + Air mineral + Air Tin/Air kotak - RM 15.50.
Set D: Nasi Tomato Ayam Merah + Air mineral + Air Tin/Air kotak - RM 16.50.
Harga nih dah masuk delivery charge untuk sekitar Klang Valley (tidak termasuk Kuala Lumpur).

Kalau beli lebih dari 10 pax, setiap harga di atas tolak RM 2 ye.

Tapi kalau korang nak beli nasi sahaja tanpa set pun boleh aje k.

Nasi Beriani Kambing RM 12

Nasi Ayam Masala RM 9

Nasi Pajeri Nanas RM 9

Nasi Tomato Ayam Merah RM10

Nih harga tanpa set air + tanpa caj penghantaran ye.

Den sekeluarga dah makan semua set semalam masa berbuka puasa. Lepas tuh complaint kan kenapa bulan puasa berat tetap jua bertambah hehheehehehe.

Semua pun sedap kat tekak den tapi favourite den dan F adalah Nasi Beriani Kambing. Thorrbaekkk. F tuh dah la very picky eater. Kalau dia kata sedap tuh, memang sedap la.
Bersungguh dia makan kari kambing tuh. Tapi dia makan dengan nasi putih. F nih sejenis memilih sakan bab makan.
Kari kambing yang marvelous. Kuahnya buat cicah dengan roti bakar pun sodap
Kalau tak nak makan set to go ni, korang boleh pilih lauk pauk dan kuih muih yang memang ummmpphhh rasanya.
Korang boleh datang ke Lepaq Place di Jalan Singa 20F/F Seksyen 20 Shah Alam untuk tapau food dan kuih-muih yang pelbagai spesies dengan rasa macam air tangan mak-mak tuh ye. 

Bawa duit lebih tau. Takut tiba-tiba terberkenan kat banyak juadah sebab lauk pauknya ohsem bebeno.

Nak tempah untuk berbuka puasa, sahur dan moreh semuanya boleh k.
Tiga gambar nih dari IG Lepaq Place. Depa boleh tapaukan camnih untuk korang. Senang nak makan.

atau contact 011-59401330 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ye.

3 comments:

  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (WA +855 96315624)^^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.