Bukit Merah Lake Town Resort, Perak

Persinggahan yang tak disangka sebab lepas dah makan kenyang nak pengsan di Ladang Nipah Khipli, Kuala Perlis tuh memang ingat nak terus balik ke Shah Alam tapi memandangkan sejak dah masuk 40an ni memang la tak lalu nak berkejar-kejar atau nak memaksa badan bagai, makanya terpaksa la kitaorang singgah bermalam di Bukit Merah Lake Town Resort.
Rezeki kitaorang sebab menginap pada hari weekday dan bukan cuti sekolah bagai, kitaorang dapat bilik di ground floor yang bukan sahaja ada bath tub tapi sepelaung je dari swimming pool.

Bukit Merah Lake Town Resort nih dah lama kot wujud makanya biliknya memang ada aura old school tapi disebabkan ada perabot yang direfurbish makanya bilik hotel masih presentable dan selesa je.

Yang penting bagi den bilik hotelnya bersih dan kemas.

Den rasa puas hati sangat dengan bilik yang kitaorang dapat. Dah la besar, budak-budak sakan dapat berlari ke hulu ke hilir. Semua kelengkapan berfungsi dengan baik. Memang puas hati la daripada katil yang empuk, televisyen yang ada banyak channels, cerek, peti sejuk mini, etc. Memang semuanya sangat okay.
Walaupun kitaorang sampai sini dah dalam pukul 930 malam, budak-budak sempat la juga berendam sekupang dua dalam bath tub tuh sebelum dipaksa tidur.
Esoknya celik je mata, walaupun masih terpisat-pisat terus je depa terjun dalam pool. Best sangat sebab takde orang makanya pool tuh depa conquer la. Memang heaven la untuk depa.
Kalau berjimba bagi kat depa
Good morning you
Pool dalam keadaan yang sangat bersih dan elok keadaannya. Ada pool untuk kiddos dan orang dewasa.

Sakan budak-budak ni mandi sampai la nak check out.

Sebenarnya banyak je aktiviti yang boleh dibuat kat sini macam bermandi manda di taman tema, melawat pusat perlindungan orang utan, berkayak, berbasikal, memancing dan memanah, etc tapi disebabkan kitaorang nak mengejarkan balik ke Shah Alam makanya kitaorang tak berkesempatan la nak buat aktiviti-aktiviti yang best ni ha.
In sya Allah next time bila ada rezeki kitaorang datang lagi ke sini.

Thank you Bukit Merah Lake Town Resort for the great hospitality.

PS Akhirnya siap juga cerita pasal sesi berjimbaan ke Langkawi pada September 2018 yang lepas. Almost 8 bulan baru settle semua cerita. Hantu raya sungguh.

1 comment:

  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (WA +855 96315624)^^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.