Kelas Kek Preium Oleh Fly HI Home Chef Academy, 20 April 2019

Pada 20 April lepas, den berpeluang joint Kelas Kek Premium half day dari 9 pagi - 1 petang di Studio Kek Premium di Seksyen 7, Shah Alam dengan bayaran RM 50.
Den dengan kek-kek yang tak dapat nak dikira kalorinya berapa tuh hehehheehhe
Peserta yang hadir pada tarikh tersebut adalah 6 orang. 2 orang termasuk den yang tak pernah ada experience baking. Yang lain tuh ada yang dah memang menjual kek. 

Kelas ni dibuat di rumah Chef Ismail yang merupakan lulusan Mechanical Engineering dan dibantu oleh wife nya, Teacher Hana.
Dalam kelas ni Chef ajar resepi dan hands on buat Classic Red Velvet cake dan Devil’s Food Chocolate cake. Chef tunjuk satu per satu bahan dan cara nak buat kedua-dua kek nih dengan penuh tersusun dan terperinci. Sesuai benar dengan den yang tak pernah masak kek apa pun hehehehehhehe. Dapat la den faham step by step nak buat kedua-dua kek tuh.

Yang paling penting kata Chef dalam baking ni, semua bahan harus disukat betul-betul.

Sabo benar den melayan soalan entah apa-apa daripada den yang blur ni ha.

Disebabkan kelas half day je makanya Chef nak make sure kek masak sebelum pukul 12 tengahari. Jadinya kek dimasak guna periuk Noxxa tapi masa dan suhu untuk masak kek jika guna oven Chef bagitau juga. So no problem k. Kalau tiada periuk Noxxa di rumah pun masih boleh lagi hadir kelas ni sebab ada info untuk masak untuk Noxxa dan juga oven ye.
Part bergambo bagi kat den ye
Chef bagi resepi dan tunjuk cara masak mini cheese burn cake menggunakan Air Fryer Philip yang mengambil masa 18 minit je.
Sementara tunggu 2 kek utama masak, Chef kenalkan kitaorang dengan barang-barang yang kita boleh beli dengan dia macam Kitchen Aid Mixer, periuk Noxxa, bread maker Noxxa, mesin buat mee Noxxa, penapis air ESpring dan penapis udara daripada Amway. Teacher Hana share pasal mobile spa. Chef dan Teacher Hana share maklumat je, tak paksa pun siapa-siapa beli. Sharing session ni pun dalam 30 minit je sementara nak tunggu kek masak.
Teruja weh tengok mesin buat mee daripada Noxxa ni
Lepas kek siap dimasak, sesi menghias kek dengan hiasan yang paling sempoi. 
Chef cakap bahagian bawah kek memang kena dibuang bagi mengelakkan rasa pahit dan mengekalkan rasa premium
Kikis sikit red velvet untuk ditabur atas kek nanti
Siap je sesi bergambar ria bersama kek yang kitaorang, Chef dan Teacher Hana jamu kitaorang lunch mee kari yang mana mee tuh dibuat menggunakan mesin mee Noxxa dan kari tuh daripada rempah apa den dah tak ingat tapi Chef ada jual. Cicah plak kuah kari tuh dengan roti yang dibuat dengan bread maker Noxxa. Fuhhh memang terbaik rasanya.
Chef ada jual macam-macam jenis makanan, rempah, etc tapi disebabkan den nak cepat balik sebab tinggalkan budak-budak bertuah tuh kat rumah berdua je makanya tak sempat la nak menyiasat banyak perkara dengan Chef.

So berbaloi ke idok kelas ni?

Untuk orang yang tak pernah baking macam den nih ha, kelas nih sangat best dan berbaloi sebab dengan bayaran RM 50, den dapat: 

1. belajar resepi dan hands on buat Classic Red Velvet cake dan Devil’s Food Chocolate cake + 1 menu tambahan iaitu cheese burn cake;

2. macam-macam tips daripada nak beli bahan dan barang baking kat kedai mana, brand bahan yang harga mampu milik tapi sedap, etc;

3. bawa balik kek sepotong bagi setiap jenis (kek red velvet + devil chocolate cake + burn cheese cake); dan
4. makan tengahari mee kari sedap. 

Dah la Chef rajin melayan soalan daripada peserta terutamanya den yang blur dan tak tau apa info langsung pasal baking ni kan.

So untuk den, kelas ni memang berbaloi.

Di samping kelas memasak kek, Chef juga ada kelas meroti, masak lauk pauk bagai k. 

Kalau korang nak Chef ajar buat kek atau roti, etc kat tempat korang tak kisah la apartment ke, kawasan kejiranan ke, program masjid ke, jabatan Kerajaan, syarikat korporat, etc, Chef boleh je sesuaikan dengan keperluan masa dan tempat penganjur, korang boleh contact Chef Ismail di:

Telefon: 013-3949787


Budak-budak nih makan kek red velvet tuh sekali hadap. Tak ditinggal barang secubit untuk den. Mujur mama dah makan sakan kat kelas tadi hehehehehe

2 comments:

  1. terasa nak pi belajar buat kek jugak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheehe memang best abam kie belajar buat kek ni

      Delete

Powered by Blogger.