Surprise Me by Sophie Kinsella

12:34
Buku setebal 383 muka surat ni sempoi yang amat sebab ia merupakan another chick lit book from Sophie Kinsella yang terkenal dengan siri buku-buku The Shopaholic Series.

Buku santai yang tak perlu nak fikir apa-apa pun. Hanya sediakan diri untuk tersenyum bila sampai part yang kelakar.

Storyline Surprise Me mengisahkan Sylvie dan Dan yang dah bersama selama 10 tahun, berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai sepasang anak kembar perempuan. Depa rasa life depa happy je sampai la bila diaorang buat pemeriksaan kesihatan yang mana Dr kata life expectancy depa boleh mencapai sehingga 100 tahun.

So depa macam terpanik macam mana nak spend masa 68 tahun bersama-sama lagi sedangkan 10 tahun bersama pun dah terasa macam agak lama.

Makanya depa bercadang nak buat surprise untuk satu sama lain supaya life depa lebih happening dan tak membosankan camtuh la. So ada banyak mishaps dan kekeliruan, etc yang berlaku sepanjang depa nak buat surprise tuh termasuklah kena minta bantuan jiran untuk sorokkan barang, ter contact semula kekasih lama, terjumpa dengan rahsia yang Dan dan emak Sylvie dah sorokkan bertahun-tahun yang menyebabkan Sylvie patah hati, etc.
Of course la happy ending sebab sepanjang den baca buku-buku karya Sophie Kinsella ni, tak pernah ada ending yang buat jantung kita tercopot.

Den dah baca almost semua buku daripada Sophie Kinsella, ada 4 buah lagi yang den belum baca tapi den rasa Surprise Me nih so so je la. Tak setanding lagi dengan The Undomestic Goddes dan Twenties Girl yang mana pada den adalah buku yang sangat kelakar dan ada soul selain daripada The Shopaholic Series tuh. Den ulang baca kedua buku tuh lebih dari 3 kali kalau tak salah.

But still a good read sebagai bacaan ringan setelah otak telah terpenat membaca buku yang heavy tapi I will definitely not going to reread this book.

No comments:

Powered by Blogger.