Sepanjang umur den 41 tahun ni, den memang termasuk di dalam golongan orang yang tak pandai memasak lauk pauk let alone masak cookies, cakes, pastries bagai. Even kuih raya yang sempoi-sempoi pun den tak reti nak buat. Malas pun iya juganya.

Tak tau kenapa pada pertengahan April 2019, tiba-tiba je tergerak hati nak belajar meroti, baking bagai.

Den tak tau nih just a phase due to midlife crisis ke apa dan apa outcome daripada semua kelas yang den berangan nak hadir ni tapi den berhasrat nak share je dalam blog ni cerita pasal semua kelas yang den dah hadir dan akan hadiri di masa hadapan in sya Allah untuk kenangan den.

Kalau den dapat masak untuk kiddos apa yang den belajar pun den rasa dah satu pencapaian best dah sebab knowing myself yang terpleot bab masak-memasak ni.
In sya Allah den akan sharekan sekali info berkaitan kelas memasak ni termasuk nombor contact yang boleh dihubungi sekiranya sesiapa yang terbaca blog ni berhasrat nak belajar memasak, baking bagai ye.

Doakan hasrat den nak belajar memasak ni dipermudahkan ye.

Mohon doakan juga den rajin nak mengupdate di blog den nih ha. Jangan dah lapuk bebeno baru nak update gitu hehhehehehehe.

0 Comments