Landline by Rainbow Rowell

12:55
If you have a magic phone that calls into the past, who would you call and why?. Is there something in your life you’d try to fix?’.

Buku ni straight forward cerita pasal relationship di antara suami isteri (Neal dan Georgie) yang sedaya upaya mengimbangkan semua factor di dalam hidup iaitu keluarga, suami isteri, anak-anak, kerjaya dan rakan sekerja yang kalau boleh nak dihempuk dengan mug atau telefon tapi tak boleh, etc.

Kadang-kadang bila dah berkahwin dan beranak-pinak, akan terjadi situasi samada kita kekal di dalam perkahwinan tersebut sebab kita memang chenta antara satu sama lain atau we just go with the flow atau we have to make marriage works because that’s all we have eventhough we said marriage doesn’t define us or we are afraid to be a single parent or for the sake of the kiddos, etc.

Kadang-kadang bila sesuatu situasi terjadi either positif atau negatif, fikiran di luar kawal kita tiba-tiba (walaupun jarang berlaku) akan mempersoalkan samada sepanjang kehidupan kita ni, ada tak perkara besar di dalam hidup yang sekiranya diberi peluang untuk diubah, kita akan cuba mengubahnya dan try to make a difference in our life. Tak kisah la daripada aspek hubungan kekeluargaan ke, marriage ke, career ke, having kiddos ke, etc.
Ini yang dihadapi oleh Georgie.

Di dalam beliau dok bersungguh-sungguh nak membina kerjaya sebagai penulis sitcom bagi rancangan televisyen bersama Seth, kawan baiknya yang menjengkelkan, Georgie dok terfikir-fikir adakah Neal kawin dengan dia 9 tahun lepas sebab it’s the right thing to do lalu menyebabkan hidup diaorang ala-ala kacau bilau sebab Georgie terlalu sibuk dengan kerjayanya.

So bila Neal dan kedua anaknya balik kampung untuk bercuti sempena Krismas sementara Georgie tinggal untuk menyiapkan kerja-kerjanya yang tak pernah habis, Georgie secara tak sengaja terjumpa telefon lama zaman dia remaja di rumah emaknya yang mana telefon tersebut dapat menghubungi Neal pada 10 tahun lepas iaitu lebih kurang 3 hari sebelum Neal melamarnya untuk berkahwin.

Semasa dok berkomunikasi dengan Neal yang berumur 20an tersebut, Georgie bersungguh-sungguh cuba berbincang dengan Neal pada ketika itu tentang masa depan mereka.

Sempoi je jalan ceritanya tapi memang ada banyak funny moments dalam buku ni.

Nih merupakan salah sebuah buku yang den berjaya habiskan sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Putrajaya semasa sambutan Tahun Baru Cina yang lepas.

No comments:

Powered by Blogger.