Tips ke Caversham Wildlife Park, Perth

1. Cuba sedaya upaya sampai paling awal dalam 9 pagi. Almost 1 hour journey dari city. 
Waktu penting yang perlu kita ingat kalau nak tengok semua performances ye
2. Lepas beli tiket terus je pergi ke kawasan kangaroo feeding sebab kangaroo masih kelaparan masa tuh so memang diaorang akan kerumun kita untuk makan. Food pellet disediakan oleh park. Kita boleh ambil seberapa banyak pellets bagi kangaroo tuh makan. 

Disebabkan kitaorang group pertama yang memberi makan kangaroo kat kangaroo feeding area nih, makanya memang sakan la kangaroo dok kerumun kitaorang sampai terkujat-kujat kitaorang. Memang sakan la dok menjerit-jerit padahal kangaroo tuh nak makan pellets kat tangan kitaorang je pun hehehehehehe.
Hahahhahaha....these 3 photos really make my day. Tengok muka member den tuh. Priceless hahahahaha
The one with the baby in the pouch


By afternoon atau petang, kangaroo dah kekenyangan dan depa tak akan  pun kita walaupun kita pi sua food kat mulut depa. Depa lebih suka tido sebab dah kenyang.

3. Kitaorang termasuk dalam kumpulan orang pertama kat semua show.

4. Untuk spend masa dalam park ni, perlu paling kurang masa yang singkat dalam 3.5 jam - 4 jam macam kitaorang(tapi tengok attraction yang perlu je la), kena bergegas-gegas ye. So jadualnya adalah seperti berikut k:

9.00 am - 9.45 am : Kangaroo feeding (kitaorang the first group yang feeding kanggaroo yang sedang kelaparan sampai dipaut-pautnya seluar kitaorang).

10.00 am - 10.40 am : The Farm Show. The first group to queue dan dapat seat paling depan untnk tengok show biri-biri dihambat masuk ke kandang, cukur bulu biri-biri, kanak-kanak susukan biri-biri dan pusing tali macam koboi.
Tak banyak ambil gambar kat sini sebab fokus tengok persembahan
Abis je show, terus je gerak ke Wombat and Friends. Beratur je depan pintu nak masuk ke kawasan wombat and friends tuh. Jarak dari The Farm Show ke Wombat and Friends tak sampai 3 minit pun, lebih kurang sebelah menyebelah camtuh la.

11.00 am - 11.20 am : Masuk je kat sini terus beratur untuk sesi bergambar dengan Wombat dulu ye sebab barisan akan panjang gila di sini. Lepas dah bergambar dgn wombat, boleh tengok burung hantu, lizard, ular, possum, belitung, etc. Kalau nak bergambar dengan each animal memang tak sempat la nak kejar masa bergambar dengan koala. Kalau terlepas koala show pada 11.30 am, kena tunggu 2.30 pm baru dapat bergambar dengan koala.
Bersama si wombat

Jarak dari Wombat and Friends ke kawasan koala bear dalam 5 minit.

11.30 am : Bergambar dengan koala bear. Beratur dulu untuk sesi bergambar dengan koala bear sebab barisannya memang akan panjang teruk. Sekarang dah tak boleh peluk koala bear sebab koala cepat stress khabarnya. Lepas tuh baru la ambil gambar koala dalam sangkar k sebab boleh ambil gambar koala kat sangkar tuh anytime je. 
Jarak dari kawasan koala bear ke kawasan penguin feeding dalam 7 minit.

12.00 pm : Penguin feeding.
Lepas buat 5 perkara kat atas iaitu kangaroo feeding, The Farm Show, bergambar dengan wombat, bergambar dengan koala bear dan penguin feeding, baru la buat aktiviti tengok binatang lain sebab dah tak perlu beratur bagai k.

On the way berjalan keluar tuh boleh singgah semula ke tempat kanggaroo feeding (tempat yang kita mula-mula pergi tuh) untnk mengambil gambar dengan kangaroo yang sedang lepak dan tidur kekenyangan.

Ada banyak je binatang lain kat park tuh cuma kitaorang tak tengok la sebab rasanya semua binatang tuh boleh tengok kat Malaysia kot hehhehehehe + kitaorang mengejar masa. 
Disebabkan trip nih yang perginya semua adults takde la beriya benar nak tengok binatangnya. Yang penting dapat bagi makan kangaroo, dapat bergambo dengan kangaroo, koala bear dan wombat. Tuh je la pun binatang yg paling wajib tengok pun bagi kitaorang.

Tapi den rasa kalau den bawa anak-anak den, haruslah paling kurang 5 jam kena spend kat sini sebab diaorang sure nak tengok semua binatang yang ada.

Caversham Wildlife Park nih semua kemudahan yang selesa disediakan macam picnic area, café, souvenirs shop, etc.

No comments:

Powered by Blogger.