The Lollipop Shoes by Joanne Harris

13:00
She make it all sound so very straightforward; as if our lives were not a house of cards, every decision, every choice carefully balanced against a multitude of other choices and decisions, precariously stacked against each other and leaning, tilting with every breath”.

Sebuah buku sequel to Chocolat yang menyebabkan den berjaga membacanya dari 8 malam sampai 3 pagi. Den rasa Chocolat merupakan buku terbaik setakat ini daripada Joanne Harris. Walau bagaimanapun, The Lollipop Shoes tetap sangat menarik dan mengujakan jalan ceritanya.

Jalan ceritanya bermula lebih kurang 4 - 5 tahun selepas Festival Chocolat yang merupakan ending kepada buku Chocolat tuh. Vianne Rocher dan anaknya Anouk telah menukar nama kepada Yanne Charbonneau dan Annie serta dilengkapi dengan seorang ahli keluarga baru yang merupakan seorang budak perempuan bernama Sophie yang berusia 3 tahun lebih dan meneruskan kehidupan di Paris dengan menjual coklat biasa. Diaorang dah tak buat coklat seperti di dalam buku Chocolat kerana ada beberapa siri insiden yang berlaku yang menyebabkan Vianne takut atau serik nak menolong orang ramai dengan magis melalui ramuan coklatnya.

Seorang ahli sihir yang menyerupai gadis manis bernama Zozie dengan kasuk cantik berwarna merah terang muncul di dalam hidup Vianne dan anak-anaknya yang terumbang ambing di dalam meneruskan kehidupan dengan memberikan semangat baru untuk mereka terus hidup with true self iaitu dengan pembuatan coklat yang telah lama mereka lupakan.

Walaupun Zozie ala-ala savior mereka sekeluarga, Zozie sebenarnya mempunyai niat jahat untuk memerangkap Anouk supaya mengikuti beliau.

Di saat-saat genting di mana Zozie berjaya membuatkan Anouk menyebelahi beliau dan hampir meminggirkan ibunya Vianne, muncul pula Roux secara tiba-tiba mengeruhkan lagi keadaan.

Akhirnya kasih sayang dan kebenaran berjaya mengatasi kejahatan.

Walaupun perjalanan untuk Vianne, Anouk, Sophie dan Roux masih jauh dan Zozie pergi membawa pergi kejahatannya, at least buat masa sekarang they have each other (that is another kind of magic).

Buku nih termasuk di dalam buku yang once you started read it, it will be impossible to put it down. Sebab tuh la jadinya nak baca satu chapter je lagi sebelum tidur berakhir dengan den menghabiskan sebuah buku pada pukul 3 pagi.

Another book that will not be sold or donate. Will go into my best books collection that will be reread again in the future.

No comments:

Powered by Blogger.