Perth Day 2 - Monument Hill - Fremantle Prison - Freo Souvenir - Fremantle Area- Capuccino Street - Kallis' Fish & Chip - WA Shipwreck Museum - Round House - Coles - Rainbow Contena - Cottesloe Beach

Monument Hill - Fremantle Prison - Freo Souvenir - Fremantle Area- Capuccino Street - Kallis' Fish & Chip - WA Shipwreck Museum - Round House - Coles - Rainbow Contena - Cottesloe Beach

Hopefully by end of this month siap la cerita pasal sesi berjimbaan ke Perth ni huhuhuhuhuhuhuhu.

Lepas bangun Subuh masing-masing dah celik mata. Makanya sakan la memasak untuk breakfast. Tugas utama den of course la memotong segala mak nenek untuk dimasak.

Tour agent datang tepat-tepat pukul 8 pagi membawa 4 bekas bihun goreng siap dengan telur dadar potong nipis-nipis.

Walaupun dah makan breakfast yang dimasak tuh, tetap la jua sempat makan bihun goreng yang bawa oleh tour agent tuh. Lepas tuh musykil kenapa la tak kurus-kurus kan hehehehehehhe.

Dalam tempoh 9 jam (8 pagi hingga 5 petang), kitaorang pergi ke 10 tempat. Terror tak kitaorang hehehehehee. 

Mula-mula kitaorang bergambar ria sambil melompat sampai terpleot lutut (nih den la ni) di Monument Hill. 

Lepas tuh singgah ke Fremantle Prison. Kat sini tak banyak ambil gambar sebab tak boleh masuk ke banyak tempat pun. 

Seterusnya kitaorang pergi ke Freo Souvenir bagi melaksanakan agenda wajib apabila berkunjung ke mana-mana tempat iaitu sesi membeli belah souvenirs dengan jayanya sampai bangkrupsi.

Lepas sakan bershopping, kitaorang berjalan-jalan di sekitar Fremantle Area yang menempatkan pelbagai bangunan yang memang cantik termasuk la Fremantle Market walaupun tak dapat shopping di sini sebab ia tutup huhuhuhuhu. 
Tak dapat shopping di sini dapat tengok bangunannya pun jadi la gittew huhuhuhuhu
Sesi jalan-jalan di Fremantle Area diakhiri dengan sesi minum mocha latte berharga AUS$ 15 atau RM 45 secawan sambil merancang agenda di masa depan iaitu nak repeat Perth sebab nak shopping di Fremantle Market. Berwawasan sungguh kan kitaorang nih hehehehehhehe.

Seterusnya kitaorang lunch di Kallis' Fish & Chip yang famous itu dan singgah WA Shipwreck Museum yang terletak di seberang jalan dari restoran Kallis' Fish & Chip.

Kitaorang bergambar ria di tourist spot seterusnya di Round House sebelum singgah membeli barang mentah di Coles. Pergi berjalan dengan orang yang suka masak cenggini la. Ada je la agenda membeli barang dapur hehehehehehehe. 

Kitaorang singgah di tempat wajib bergambar kalau ke Perth iaitu Rainbow Contena. 

Sebelum balik ke homestay, kitaorang berhenti mengambil angin pantai di Cottesloe Beach.

Memang padat jadual hari kedua ni tapi memang puas hati sebab dapat pergi ke banyak tempat. Memang letih kaki berjalan sana sini tapi disebabkan sesi berjimbaan kan, hati tetap la gumbira gittew.

Sampai di homestay, terus je la sesi memasak dinner. Lepas dinner semua pakat tidur pengsan.

End of day two.

No comments:

Powered by Blogger.