Bohemian Rhapsody Movie

21:05
I watched Bohemian Rhapsody and I cried.

Never thought I would love Radio Ga Ga the most hehehhehehe.

Dah ramai pun orang bagi review pasal movie ni sebab dah lama ianya almost sebulan ianya ditayangkan.

Walaupun review daripada media tak banyak yang positif sebab kebanyakan depa lebih nak tau pasal sisi hitam Freddie Mercury tapi bagi den movie ni best je sebab apa yang cuba disampaikan adalah perjalanan Queen tuh itself yang of course memfokus kepada keunikan Freddie Mercury tuh sendiri sebagai performer.

Everyone is fighting their own battle.

Begitu la juga Freddie. Di saat dia ada duit dan kemasyhuran, dia sebenarnya lonely dan tertekan sebab pada zaman tuh, gay dan penyakit HIV-AIDS adalah macam agak taboo. 

Mujurnya dia ada Mary Austin yang paling dipercayai dan the only friend he truly had yang mana lagu Love of My Life adalah untuk Mary. So our soulmate atau our love of my life boleh jadi orang yang kita sangat sayang tapi tak dapat hidup bersama camtuh la.

Artis dulu-dulu memang pure talented. 

Diaorang berusaha gigih dari bawah untuk mencapai tahap legend. The most important thing is the music.

Ada penyanyi yang boleh main alat muzik dan mencipta lagu. Ada drummer dan gitarist yang boleh menyanyi dan mencipta lagu.

Tak perlu stage yang hebat dan gegak gempita, sinaran lampu bergemerlapan, designer clothing, sound sistem meletops, gimik melampau, etc. Their unique voice and performance just so moving and will definitely touch our heart. Ini yang penyanyi zaman sekarang kurang nak ada atau memang tak ada langsung baik penyanyi Malaysia mahupun penyanyi antarabangsa.

Lirik lagu dulu-dulu lagi puitis dan menyentuh hati. Lirik zaman sekarang ni payah nak jumpa yang molek sungguh.

Untuk siapa yang lahir tahun 70an macam den yang parents nya memang layan lagu MJ, Scorpions, Air Supply, Queen, ABBA, Lionel Richie, Stevie Wonder, etc, selalunya kita akan suka lagu daripada orang lama sebab lagu depa memang best dan suara depa sangat sedap.

The same goes to Malaysian artists la kan macam PRamlee, Sudirman, Sharifah Aini, SMSalim, etc. They were the legends.

Movie ni membawa kita mengimbau kenangan kehebatan salah seorang lead performer yang legend dan tersenarai di dalam 100 artis terbaik sepanjang zaman (Freddie Mercury no. 18. Aretha Franklin no. 1).

Tapi banyak juga scenes persembahan Queen yang iconic tak dimasukkan dalam movie ni. Walaupun tinggi Rami Malek adalah 1.75 m dan Freddie Mercury 1.77 m, tak pasti kenapa den nampak Rami Malek macam katik plak terutamanya masa Live Aid Concert tu hehehehhehe. Rami Malek agak kurang sasa la.

Still feel Rami Malek should be nominated for the Best Actor untuk Oscar nanti. Rasanya lepas Bohemian Rhapsody dan Papillon, he will go far in the industry.

A great movie to watch at the big screen.


No comments:

Powered by Blogger.