Faithview Hotel and Suites, Melaka

Ianya merupakan apartment di kawasan yang baru dibangunkan di Kota Laksamana sebab banyak lot kedai di sini yang masih belum beroperasi.
Disebabkan ianya apartment, makanya kitaorang dapat apartment yang 2 bilik tetapi hanya satu bilik je yang ada katil dan bantal.

Dah namanya apartment, memang luas la kan. Ada 2 bilik tidur, ruang tamu lengkap dengan sofa dan televisyen, ruang makan dengan meja makan, dapur yang ada kitchen cabinet tapi tiada dapur. Ada small fridge juga.
Second bedroom
Bilik air sangat sempoi tetapi cuma divider kaca antara shower dan toilet tuh macam bahaya sikit kalau kita terlicin ke ape lagi-lagi kalau ada kiddos yang bergelinjangan macam anak-anak den tuh ha.
Bilik lengkap dengan aircond serta iron, iron board, hair dryer serta meja make up.
Sibuk guna hair dryer walaupun rambut nipis
Ada ruang balkoni tetapi kecil bebenor tapi boleh la kalau nak menjenguk untuk tengok pemandangan.

So kalau datang segerombolan atau rombongan Cik Kiah, boleh je la pilih menetap di sini sebab boleh sumbat seberapa ramai orang pun asalkan muat dan selesa tetapi free breakfast adalah untuk 2 orang aje k.

Ruang lobi serta ruang makan adalah sangat besar. Buffet spread agak banyak dan menarik. Kalau makan sakan memang akan sengkak perut la.
Yang paling special den rasa adalah swimming pool dia sebab terdapat 2 pools yang besar dan panjang untuk orang dewasa serta satu small pool untuk kiddos. Memang puas hati sungguh mandi pool kat sini. Satu pool dewasa tuh merupakan infinity pool. 
Sunbathing kata depa
Budak-budak nih sakan mandi lepas kitaorang check in sampai kecut-kecut badan, siap bersunbathing bagai membawa ke Maghrib. Esoknya lepas breakfast diaorang sambung mandi sampai kitaorang check out.

Dekat tingkat yang sama dengan pool nih ada small playground berbentuk kapal. Budak-budak sure suka je la main kat sini.
Ada sebuah indoor gym (sebelah playground) serta simple outdoor gym (bersebelahan dengan surau). Toilets of course ada berdekatan dengan pool.
Hotel yang menarik dengan pelbagai kemudahan dengan harga yang mampu milik.

Alamat : Jalan Kota Laksamana, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Telefon : 06-2860888


Instagram : @faithviewhotelandsuites

No comments:

Powered by Blogger.