Cerita 5 Dalam 1 Majalah RedCap

Assalamualaikum...

Apa khabar semua di hari Ahad yang indah ini?

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum den perlu bersiap untuk pergi kerja😅.

Hari minggu begitu pantas berlalu rasanya😭.

 

Den ada baca majalah RedCap baru-baru ini.

Satu majalah yang ada 5 cerita yang den boleh kaitkan dengan kehidupan den.

 

Rain Still Reigning - cover magazine

Segak betul Rain sebagai cover magazine.

Rain adalah oppa pertama yang den berkenan selepas tengok dia dalam KDrama Full House. 

Segak betul Rain di sini

Bila membaca pasal perjalanan dia hendak menjadi artis memang salute sebab penuh berliku. 

Dia berasal daripada keluarga yang sangat susah.

Lepas itu mukanya masculin bukan muka pretty boy macam penyanyi KPop dan pelakon KDrama yang lain.

Tapi zaman itu memang KPop muka jantan macam Big Bang. Mano ada yang jambu dalam kumpulan itu.

Rain antara pelakon Korea yang menghiasi pentas Hollywood melalui movie Ninja Assassin sebelum kembali ke Korea Selatan.

Ayat dia di dalam interview untuk majalah ini yang den paling ingat adalah bila ditanya bagaimana dia kekal relevan di dalam industri dan bersaing dengan pelakon/penyanyi lain yang tumbuh bak cendawan selepas hujan? 

Dia fokus kepada apa yang dia boleh buat secara berterusan (perseverance). 

Ini sebenarnya antara perkara yang kita boleh buat di dalam hidup kita. 

✅Wanderlust - Passage Through The Clouds 

Artikel ini sangat personal untuk diri den sebab ianya mengingatkan den kepada kisah membonceng motosikal sewa yang macam akan terbarai bila-bila masa di tengah jalan di kala hujan gerimis yang boleh tahan lebat merentasi 21 km Hai Van Pass.
Dalam basah yang boleh tahan terpleot itu, sempat kami berhenti di beberapa tempat untuk melihat pemandangan yang kalau tidak hujan renyai itu pasti lagi awesome.
Ini selekoh yang selalu diabadikan oleh pengunjung di sini
Ini la sapeda motor yang macam hendak terbarai anytime. Mendebarkan betul😅
Sempat den bergambar di Hai Van Quan (Hai Van Gate) di puncak laluan Hai Van Pass.
Berkabus segala + hujan renyai-renyai. Memang sejuk gedi masa ni dengan tiada baju hujannya

Hujan udah seriyat masa kami dalam perjalanan turun.

Jadinya dapat la ambil gambar dan tengok pemandangan molek dengan jayanya.  

Cantik kan pemandangannya
Sayang masa trip ini den tidak tahu pasal Hai Van Pass Train.  
Nampaknya kena masukkan dalam wishlist kot ada rezeki hendak kembali ke sini.

Get Lost 
 
Artikel Batam Indonesia membuatkan den tersenyum terkenangkan kenangan berjimbaan di Batam sebanyak 3 kali dengan travel bloggers.
Familiarization trip atau FAM trip memang awesome sebab fully sponsored dan kita berpeluang melawat tempat-tempat yang mungkin kita tidak terfikir hendak pergi sendiri atau perlu kebenaran khas untuk masuk, dsb.
Lebih kurang sama kan dengan gambar dalam majalah
Sejak ditukarkan ke unit baru sejak Jun 2025 lepas, memang aktiviti untuk hadir event atau review barang tidak dapat dibuat langsung.
Kesibukan menjadi power rangers merah jambu sekarang memang bukan calang-calang.
Sekarang den cuma baca perkongsian kawan-kawan yang masih aktif.
Ada seorang blogger itu umurnya 65 rasanya masih cemerlang menjadi pempengaruh.
Pergi Batam selepas Covid19 berakhir
Pulau Kepri yang cantik sungguh
Seronok sebenarnya aktiviti macam ini sebab kita akan buat perkara yang berbeza. 
Rindu pada kawan-kawan bloggers juga sebenarnya sebab depa jenis happy go lucky
Depa terima den yang introvert ini seadanya. 
Ini wajib ziarah kalau ke Batam ye
Lawa kan pemandangan di pusat perlindungan rusa sambar
Stress pula tengok gambar di mana berat den bawah 65 kg ni😅
Makan aneka siput dan kerang di Batam ni
Dengan Kak Limah blogger yang berumur 62 tahun masa ni. Dia kekal aktif sampai sekarang. Blogger baju biru di atas itu namanya Kak Mieda. Dia pun sangat aktif. Kenalan yang baik-baik deme ni. Di pusat perlindungan rusa sambar masa ni
Tetapi disebabkan melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan sumber air kekal terpelihara untuk penduduk Lembah Klang (ayat gomen sungguh ni😂), terpaksa la den pasrah tidak dapat sertai mereka buat setakat ini. 
 
Worth The Wonder:
🌸Pos Bloc Jakarta - den telah pergi sini 2 kali sebab ke Pejabat Pos dan toko buku. 
Macam-macam ada.
Ada toko buku Patjar Merah, pelbagai restoran, pejabat pos, cafe, dsb.
Memang awesome tempat ini. 
🌸2 tempat di dalam artikel ini berada dalam senarai bucketlist den untuk dilawati.
BookXcess REX KL dan Hin Bus Depot Georgetown.
Semoga ada rezeki ke kedua-dua tempat ini satu hari nanti ye.
In sya Allah. 
 
Airmail  
Rasa syahdu hati bila membaca ruang surat pembaca tentang seorang ibu yang terkesima apabila anak perempuannya didiagnos mempunyai autism dan pelbagai cabaran untuk menjadi penyokong terkuat kepada anaknya.
Den ada mengikuti beberapa orang di Facebook berkaitan autism dalam 3,4 tahun lepas.
Perkongsian cabaran untuk membesarkan anak syurga.  
 
Begitulah ceritanya.
Den jumpa 5 cerita yang berkaitan dengan hidup den dalam satu majalah RedCap.
Sakan dem membaca majalah ini dari kulit ke kulit😅. 
Saja hendak cerita di blog ini untuk kenangan diri sendiri.
 
Selamat menghabiskan baki hari Ahad ini dengan riang ria ye.
Jaga diri semua. 

 

20 comments

  1. Awet muda si Rain tu.
    Banyak tempat KSarie sudah travel. Seronok saya baca.
    Haritu masa di Starling Mall, Damansara Uptown tu pun saya dah jakun tengok buku² dan ada kedai kopi dalam. Lawa tengok cawangan BookXcess dalam majalah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Deme nih banyak makan kimchi kot ye muka flawless dan awet muda sokmo. Alhamdulillah ada rezeki travel dalam Asia Tenggara. Berangan hendak pergi luar Asia Tenggara tetapi 💸 nya tidak mengijinkan😌

      Delete
  2. Macam2 siput tu... yg tak pernah tengok pun ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la...saya pun first time jumpa deme

      Delete
  3. Mengenangkan isnin kerja malas betul kan.

    ReplyDelete
  4. Hahaha, memang sunday ini macam di fast forward ya. Cepat betul berlalunya.
    Wha ada Rain.. Saya masih ingat dulu pas masih sekolah, nonton film Fullhouse bersama ibunda di rumah.
    Zaman dulu film korea belum banyak, tak seperti sekarang yang tak ada habis-habisnya, hihihi

    Mbak Ksarie berani pulak ya gendong ular. Keren!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Ahad atau aoa-apa hari liburan memang cepat betul berlalu pergi🥲Takut juga hendak pegang ular itu tapi demi sekeping gambar kugagahkan juga😅

      Delete
  5. Rain bagi saya masih muka jambu..sebab orang korea memang macam tu....kalau orang belah Arab memang nampak maskulin dan macho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka sebab deme nih putih kulitnya maka terserlah kejambuannya

      Delete
  6. Ya Allah geli geleman Sy tengok gambar ular tu 🫣

    Banyak membaca, luas pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha geli juga sebenarnya tapi sebab hendak bergambar dilayankan juga😅

      Delete
  7. Minat jugak Rain ni. Tengok movie dia Soar Into The Sun kat panggung dulu, memang best. Nak sangat jalan Batam tapi yang separuh lagi ni, selalu buat tak dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...semoga separuh lagi itu akan bawa Mulan ke Batam nanti ye. Movie Rain yang itu sampai sekarang dalam wishlist nak tengok masih tak kesampaian

      Delete
  8. Tu diaaaaa.... Semua tmpt dalam majalah dia dah jejak.. bukan kaleng kaleng traveler ni.. biasa la tu bila smpai waktu bz tu mmg kena pasrah melayan perasaan tak dpt itu ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haish....segan kita...seketul dua tempat je kita pergi. Tidak tercapai benchmark yang tuan tanah kongsikan around the world. KSarie tumpang happy baca tempat-tempat yang dia pergi sambil oooo cantiknya sinun😊

      Delete
  9. Rajin akak membaca majalah ya. Cuya dah lama tak beli majalah, selalu beli komik jer. Ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kadang-kadang terjumpa majalah menarik KSarie baca bila ada masa

      Delete
  10. Sayapun sukaaaa rain. Memang lah wajah dia macho, tak macam lelaki 'lelembut' 🤣🤣. Dan saya sukaaaaa hubungan dia dengan istrinya, nampak harmonis sangat.

    Tikungan tajam macam itu, di Tarutung (Sumatra Utara) dan di Sumatera Barat banyaaak sangat. Sebab jalanan di sana dibuat dengan membelah gunung. Jadi tikungan tajam nya memang non stop. Kalau tak pandai driving, memang susah nak lewat.

    Saya malah blm pernah eksplor Batam dan pos bloc JKT. Eh tapi pos bloc ini kata suami saya yg office nya di Blok M, dah sepi sekarang.

    ReplyDelete
  11. Masa KSarie pergi ke Pos Bloc memang tidak ramai orang. Tetapi masih banyak kedai yang dibuka. Bila tidak ramai orang suasananya jadi tenang dan sesuai untuk KSarie yang introvert ini😅

    ReplyDelete