Wordless Wednesday 46/2025

 

Molek pelepasan dari salah satu kolam tadahan semasa lawatan tapak baru-baru ni. Geram tengok air jernih macam ni
Den baru tau rupanya ikan jaket terangkat PJ ni udah berpindah ke Medan Selera Jalan Othman
Si A bila suruh packing toiletries untuk keluarga kecil kami. Comel je dia menyusun segala
Masih suka teruk pada makanan di  Dodo Korea NU Sentral
Terima kasih team mate bagi cenderahati dari Kuching. Siap ada sardin. Comel je.
Tengok nanti rajin ke idok hendak cerita pasal sesi lawatan ini

Terperangkap di dalam banjir di satu kawasan ini. Terpaksa pusing cari jalan lain. Rezeki sangat tidak terlepas ETS. Kalau tidak terpaksa la ponteng kerja

14 comments

  1. masa kecik-kecik dulu.. kalau tengok aliran air macam tu, siaplah bakul kecik mak.. ambi buat sauk ikan, tak peduli pun kat encik lintah.. balik basah lencun mendapatlah libasan 'roti panjang' di betis, hadiah kasih sayang seorang mak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahaha saya pun teringat masa zaman saya sakan menyauk ikan. Masa site visit ni saya siap tanya tauke tuh ada ikan laga ke dekat situ😅

      Delete
  2. Sini lagi banyak gambar makanan. Buat kita terliur tengok. Bagusnya dia menyusun toiltetries tu ikut jenis. A'ahlah comel je lukisan ikan kat tin sardin tu. Sekarang banyak tempat dinaiki air. Harap hujan tak berterusan lah dan cepat air surut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam sampai pertengahan bulan 12 hujan lebat ni. Berdebar je kita ni. Hehehehe kerja KSarie makan lepas tuh ngadu membulat😅

      Delete
  3. risau mmg sekarang ni musim hujan. banjir sana sini. take care.

    ReplyDelete
  4. Waah memang jernih airnya 😍😍.

    Jadi penasaran pula saya, ikan jaket terangkat itu apa yaa 😅😅. Kadang saya tuh tahu nama ikan, tp suka berbeda kan penyebutannya di tempat lain. Nanti kalau dah lihat, baru bilang, 'oh ternyata ikan itu' 😄😄

    Rapinya yg menyusun toiletries tu 😄. Disusun betul2 berdasarkan barang yaa. Saya saja tak serapi itu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan cencaru. Nanti KSarie kongsikan gambarnya ya😅Anak yang 1 itu memang macam askar Fanny. Hampir semua perkara harus rapi😅

      Delete
  5. Tersusun tengok toiletries tu. Matahari sudah keluar, sehari dua ni. Lalu Titi Gantung pun, air banjir dah surut. Semoga tak banjir lagi. Camana la rupanya hidangan di Ikan Jaket terangkat tu ye, musykil dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehhe ikan cencaru sumbat je pun ha tapi tuh nama legend dia. Nanti KSarie share gambarnya ye

      Delete
  6. Dodo NuSentral susah nak dapat masuk..entah pukul berapa diorang ni keluar rehat agaknya...selalu sampai barisan dah panjang...syukur x tertinggal ETS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sakan beratur masuk Dodo Korea ni. Tapi biasanya barisan cepat bergerak. Cuma nak dapat tempat duduk tuh la jenuh sikit

      Delete
  7. Gambar berbicara, rupanya ni di Korea kah cik..pasti banyak tempat di lawati di sana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh bukan cikgu. Kedai Dodo Korea tu ada di NU Sentral KL. Saya pun harap dapat melawat Korea 1 hari nanti

      Delete