Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua di hari Ahad pertama di bulan November 2025?

Semoga semuanya sihat sokmo dan sentiasa di bawah rahmat Allah.

Apa rancangan kome di bulan November ini.

 

In sya Allah anak den si A akan menduduki peperiksaan UPKK.

Bermula pada 17 November hingga 20 November.

Selepas itu bersambung dengan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA.

Bermula 24 November hingga 27 November.

Mohon doakan anak den dan semua anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPKK ye.

Semoga semuanya dikurniakan kelapangan dan ketenangan hati serta ketajaman minda untuk menjawab peperiksaan.

Sawah padi di Sekinchan. On the way balik dari kursus di Sabak Bernam pada minggu terakhir Oktober lepas

In sya Allah 2/3 masa bekerja den pada bulan ini akan tertumpu untuk lawatan tapak.

Ada beberapa hari yang ada 3 lawatan tapak dalam satu hari begitu.

Siapa la yang susunkan jadual ni ha😂.

Kena sediakan 3 kertas kerja.

Ada 2 libat urus yang melibatkan 2 sektor yang berbeza.

Ada 1 seminar dan 1 bengkel yang perlu dihadiri.

Haruskah den jual pankreas agar dapat bersara awal😂?

 

Ingatkan macam hendak cuba mengganti puasa yang tinggal 5 hari lagi ni.

Tetapi bila ditengokkan jadual lawatan tapak berjujuk macam tuh.

Macam umpama mimpi dalam mimpi gayanya😂.

In sya Allah den biasanya boleh je berpuasa bila turun tapak.

Cuma selalunya den akan ajak team late lunch lepas selesai turun tapak.

Masa makan itu, kami akan sembang pasal outcome daripada lawatan tapak, dsb.

Den teringat ada seorang anak buah den cakap ‘boss asal turun site dengan saya selalu puasa’😂.

Alahalahalah….

Generasi Z ni memang comel aje kan😂.

Tinggal hari Jumaat sahaja yang bisa mengganti puasa nampaknya ni.

Kita tengok kejadiannya macam mana nanti ye.

 

Sesi pembacaan diteruskan walaupun merangkak pembacaannya.

Ada 4 buah buku yang den kena bersekali sebab berkaitan antara satu sama lain.

In sya Allah den harap dapat selesaikan pembacaan separuh 4 buah buku ini.

Ada 9 buah buku yang dipinjam dari Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya yang menanti untuk dibaca bulan ini😂.

Itu belum cerita ebooks yang berjujuk dalam handphone hahahahaha.

Sejak akhir-akhir ini udah macam love hate relationship kisah den dan membaca😂.

 

Line up KDrama untuk November 2025 macam ada 2 yang agak menarik untuk dipertimbangkan.

Selainnya tuh penuh dengan KDrama cintan cintun yang den memang tak minat😂.

 

Taxi Driver 3.

Mula 21 November.

Lee Je-hoon.

Suami den suka mamat ni sebab dia handsome.

Dasar memilih rupa begitu la ye😂.

Den paling suka mamat ni dalam Move To Heaven.

Cerita tentang kematian.

Memang mengundang ayaq mata.


Heroes Next Door.

Mula 17 November.

Yoon Kye Sang.

Underated mamat ni tetapi KDrama dan KMovie yang berlakon biasanya mantap.

Baru habis tengok dia berlakon dalam The Winning Try.

Antara KDrama genre sukan yang kome kena tengok.

 

Drama Jepun Last Samurai Standing pun macam menarik untuk dipertimbangkan.

 

Kisah hendak mula bersenam setiap bulan pun gagal teruk😂.

Haish.

Ini memang setiap bulan pun berangan hendak dibuat.

Tetapi itulah kita hanya merancang.

Eceh.

 

Disebabkan Oktober 2025 den adalah seolah-olah roller coaster ride begitu😂.

Den mengharapkan November yang lebih awesome.

Semoga November semua molek dan wow yar.

Jaga diri semua.

 

 

14 Comments

  1. Aiiiiih langsung teringat hutang puasa saya yg belum lunas juga 🤣🤣🤣🤣. Niat selalu, tp paginya berubah pikiran. Dipikir2 pas saya dah balik dr traveling sajalah 🤣. Kalo saat traveling memang tak mungkin lah puasa 😅.

    Eh seriuuuus taxi driver 3 Nov ini kak???? Uwaaaah wajiiib lah saya nonton nantii. Memang sukaaalah Drakor ini 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita sama-sama sempat mengganti puasa sebelum Ramadan 2026 yar😅. Drakor Taxi Driver jatuh dalam kategori wajib tengok

      Delete
  2. Semoga berjaya hadapi SPM anak tersayang..sentiasa doakan ya..inshaAllah

    ReplyDelete
  3. 'dendrophile' macam saya ni bukan boleh tengok sawah, pokok-pokok, awan dll.. obsesnya bukan main hehe.. moga anakanda A dipermudah urusan pengajian dan menghadapi peperiksaan upkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnn. Saya belajar perkataan baru hari ini 'dendrophile'.

      Delete
  4. Moga anakanda A cemerlang dalam ujian nya. Moga dipermudah kan semua urusan kerja nya ya KSarie.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni waktu terbaik utk ganti puasa, maghrib masuk awal.
    taxi driver yg season 2 pun saya tak tengok2 lagi. sekarang tgh gian layan citer jepun kat netflix hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sekarang waktu terbaik ganti kan? Mazni tengok cerita Jepun apa lagi tu

      Delete
  6. Semoga anak KSarie dipermudahkan urusan jawap soalan periksa. Selamat mengganti puasa juga. Bunyi busy kerja KSarie. Dah bersusun lawatan tapak dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuli begitu la Tot. Sakan ke hulu ke hilir huhuhuhu. Semoga November kita semua awesome ye

      Delete
  7. Semoga dipermudahkan urusan anak A ya. InsyaAllah.

    Siapa lah agaknya susun jadual lawatan tapak dlm 1 hari hahaha.. kadang ikut suami, 1 hari 1 tapak pun rasa letih dh.

    Tgk hari isnin ada niat nk puasa jugak sbb dr bln lps hingga bln ni maghrib awal. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Generasi Z ni tenaga masih mantap semangat deme susun jadual. Deme lupa KSarie ni udah umur hendak pencen😅

      Delete