Assalamualaikum dan salam.

Apa khabar semua?

Semoga semuanya sihat dan terus meraikan kehidupan.

Walaupun kadang kala rasa macam throw in the towel dan hidup dalam gua.

Bila den tengok balik kisah pilots Grab yang den pernah naik.

Boleh dikatakan hampir 60% berkongsi cerita yang buat den terkesima.

Mungkin teguran Allah untuk den juga sebenarnya.

Supaya den sentiasa bermuhasabah diri.

Sebab ada orang yang lebih besar cabaran di dalam kehidupannya.

 

Kisah yang den hendak kongsikan ini panjang berjela.

Den buat dalam bentuk dialog.

Sebab masih terngiang-ngiang perbualan den dengan uncle yang sangat ceria ini.

 

Pilot Grab: Uncle Cina Umur 60 Tahun

Kerjaya: Pesakit Kanser dan Bekas Pekerja Kontrak Yang Bekerja Sejak Berumur 14 Tahun

Perjalanan: Dari Bangsar ke Shah Alam

Tempoh perjalanan: 30 minit

 

Seusai den masuk ke dalam kereta uncle ni kitaorang masing-masing tergelak.

Sebab beriya den melambai supaya uncle tidak masuk simpang ke jalan jauh.

Mujur uncle nampak den di tepi jalan dan dia memandu terus tanpa masuk simpang.

Uncle pun terus mengomel ‘kadang-kadang waze dan Google Map bagi jalan jauh atau short cut tetapi melalui jalan yang spooky’.

Disebabkan uncle udah ramah tamah.

Maka boleh la den bersembang.

Uncle pakai mask dan agak kurus.

Tetapi dari den buka pintu kereta sudah terasa vibes ceria dan happy go lucky uncle.

Vibes ini terus kekal sampai den keluar dari kereta.

 

Uncle: Kita punya Tun M sudah mau 100 tahun aaa.

Den: Bukan semua ada rezeki untuk capai umur macam tuh kan uncle?

Uncle: Tak payah umur panjang-panjang sangat nanti susah hidup.

Den: Hmmm….betul la juga tu kan uncle lagi-lagi kalau kita tidak sihat.

Uncle: Macam emak saya umur 87 tahun. Kena pakai pampers. Makan pun tak lalu sangat.

Den: Uncle umur berapa?

Uncle: Saya sudah 60 tahun maaa.

Den: Siapa jaga emak uncle?

Uncle: Emak duduk sama saya di Kuantan. Saya tarak kahwin. Saya la yang bela emak. Kalau saya kerja kadang-kadang adik datang tengok. Tapi adik pun sudah dementia. Selalu lupa. Kadang-kadang bukan adik yang jaga emak tapi emak yang jaga adik.

 

Den: Uncle duduk Kuantan tapi kerja dekat Kuala Lumpur. Ulang alik ke macam mana uncle?

Uncle: Saya tumpang duduk rumah anak saudara sudah 3 bulan. Saya datang Kuala Lumpur setiap hari Isnin. Kerja sampai Jumaat. Jumaat malam balik Kuantan tengok emak. Saya balik bila emak tidak sihat juga.

Den: Jauh Kuantan dengan Kuala Lumpur nih uncle.

Uncle: Apa mau buat? Kena cari duit juga mau makan.

Den: Kenapa uncle tidak kerja di Kuantan?

Uncle: Grab dekat Kuantan tak ramai sangat orang maaa. Saya dulu sekolah tarak pandai. Sampai umur 14 tahun terus kerja kontrak sampai 30 tahun.

Den: Projek besar mana yang uncle pernah buat?

Uncle: Itu Shangri La Hotel.

 

Den: Lepas tuh uncle bawa Grab sebab dah penat kerja kontrak ke macam mana uncle?

Uncle: Saya kena sakit kanser lelaki terus kena berhenti lorr.

Den: Kanser prostat?

Uncle: You tau aaaa?

Den: Saya ada baca perempuan selalu kena breast atau ovarian cancer. Kalau lelaki kanser prostat. My late father ada kanser prostat juga dulu.

Uncle: Lepas kena kanser. Operation. Lepas tuh buat rawatan makan ubat semua.

Den: Sekarang uncle cancer free?

Uncle: Lepas rawatan uncle jaga makan betul-betul. Lepas 4 tahun ada kanser baru pula maaa.

Den: Haaa???

Uncle: Sekarang saya ada kanser darah pula. Setiap 3 bulan sekali pergi cucuk ubat di hospital.

 

Masa ni den terus diam terkesima dah tidak tahu nak cakap apa.

Uncle: You aaa tak mau diet teruk-teruk sangat aaa. You orang muda makan apa yang you rasa hendak makan. Saya lepas tau ada kanser darah saya makan saja apa saya teringin hendak makan. Saya suka makan kambing bakar.

Den: Sedap tuh kambing bakar.

Uncle: Ha sedap kan?

Lepas tuh kitaorang sama-sama tergelak.

 

Den: Uncle ada dapat socso ke apa uncle sebab kena berhenti kerja sebab kanser?

Uncle: Takde lorr sebab tidak penuh carum.

Den: Bantuan dari JKM dapat tak uncle?

Uncle: Sudah 2 kali minta maaa tapi tak dapat. JKM kata uncle boleh kerja lagi.

Den: Orang Cina kan ada Persatuan Wong, Lee apa semua tu? Itu boleh bagi bantuan ke uncle.

Uncle: Takde lorrrr. Kena usaha sendiri juga.

 

Den: Tapi uncle nampak happy dan ceria.

Uncle: Apa mau buat? Hidup pun susah. Mati pun susah juga maaa.

Den: Uncle…saya teringat cerita PRamlee Madu Tiga yang uncle Cina duduk atas jambatan cakap “hidup susah mati pun susah”.

Uncle: Aiya….betul la…betul la…saya pun tau itu cerita.

Lepas tuh kitaorang tergelak terbahak-bahak teringatkan scene tu.

 

Uncle: Tapi betul maaa….hidup mau kerja keras mau makan. Orang Cina mati kena ada RM30K.

Den: Ooo sebab tanah kubur atas bukit mahal ye uncle. Feng shui apa semua.

Uncle: Bukan…bukan…itu lagi mahal. Ini mati pergi crematorium bakar.

Den: Oooooo

 

Den: Rumah anak saudara uncle dekat mana?

Uncle: Dekat Petaling Jaya tapi hari ini uncle mau cari bilik sewa.

Den: Kenapa mau pindah uncle?

Uncle: Suami anak saudara sudah tak suka uncle duduk sana. Jadi uncle kena la cari bilik sewa. Bilik sewa di sini semua mahal-mahal lor.

 

Bila den sampai di pejabat den cakap terima kasih dekat uncle sebab sudi berkongsi cerita hidup dia dengan den.

Lepas turun dari kereta, den terus terfikir ayat the late Robbie Williams.


 

 

20 Comments

  1. Replies
    1. Itu la kan...tapi positif je uncle tu. KSarie plak dok terkesima bila sembang dengan dia

      Delete

  2. I love this kind of small talk. Sedar tak sedar kita dapat belajar dari kisah hidup dan ujian orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang yang kita jumpa ada cerita tersendiri kan

      Delete
  3. Seronok ada cerita dalam kereta ..grab cina ni suka bercerita kan..60 tahun masih rajin usaha tu ..inilah kehidupan kita selagi hidup harus usaha cari rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Banyak cerita kehidupan daripada pilots Grab yang buat kita ada macam-macam rasa.

      Delete
  4. tak sedar dah sampai pejabat..dapat pengalaman..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Bila sakan bersembang tak perasan masa berlalu.

      Delete
  5. Moga dipermudah kan semua urusan hidup uncle. Tapi dia kekal tabah dan positif kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kan. Tabah sungguh. Rezeki sebab deme sudi berkongsi cerita den.

      Delete
  6. Saya kagum dengan motivasinya
    Semoga selalu diberikan kekuatan dan ketabahan.
    Cari nafkah memang harus semangat ya ,walau terpaksa jauh dari kampungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita juga harus ada semangat begitu ye💪

      Delete
  7. sedihnya kisah uncle ni. harap yg baik2 je utk dia
    tapi betul, orang cina kalau mati memang mahal.... dah serupa duit kawin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua ada semangat untuk survive macam uncle ni ye

      Delete
  8. Setuju dengan quote RW tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Semoga kita jadi orang baik-baik ye

      Delete
  9. Saya setuju dengan uncle, bila uncle cakap jangan diet teruk sangat. Mau makan apa, makan saja. 😁
    Kesian dengar cerita uncle. Setiap orang ada cerita dan ujian masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ada kisah tersendiri kan? Harapnya kita dapat terus kekal menjadi orang baik dapat berkongsi cerita bersama-sama

      Delete
  10. Banyak dugaan uncle ni. Kisahnya banyak bagi pengajaran pada kita. Jalan cerita semua berbeza. Tapi uncle ni positif. Bagus sangat. Arwah abah saya pun kanser prostat juga. Saya pun auto ingat cerita P.Ramlee tu bila uncle cakap hidup pun susah, mati pun susah. Betullah tu ada dengar juga kaum Cina ni mati besar belanja dia nak uruskan semua. Kesian uncle. Susah kan kalau hidup menumpang ni. Harap uncle tu dapat sewa bilik yang selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie pun harapkan kehidupan uncle dipermudahkan. Uncle cheerful sangat tapi KSarie la yang dok patah hati dengar cerita dia

      Delete