Sedap aiskrim gula apong ni. Setanding ais krim gula apong Mokti
Pisang cheese selambak + susu pekat. Nangis orang KKM tengok perangai rakyat Malaysia ni.
Suka artwork nya. Sweet je.
Bunga ni zaman kecil-kecil dulu selalu jadi mangsa kalau main kahwin-kahwin sebab dia cantik dijadikan headpiece
Appom Sri Lankan katanya. Sedap dan boleh ulang makan tetapi tidak dapat menandingi kesedapan apom di Pasar Sementara Seberang Jaya.
Comel aje bekas aiskrim gula apong ni
Antara cucur udang yang molek rasanya. RM14 sebekas tetapi puas hati sebab ada seekor udang di hampir setiap semua cucur
First time den cuba minum Chagee asbab pengaruh rakan tidak sebaya. Den dan minuman hipster jarang berjodoh. Den minat teh o ais kedai mamak/tomyam lagi
Sementara tunggu minuman sampai
Tenang aje laluan ni. Tetapi malam-malam tidak berani lalu. Bukan sahaja takut ada momok. Tapi takut masuk parit atau terlanggar hidupan liar melintas sebab gelap

14 Comments

  1. Menyegarkan kalau pekena aiskrim tu musim cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi-lagi musim cuaca panas lit lit ni memang ngam makan aiskrim

      Delete
  2. Tak tahan tengok pisang cheese selambak tu. Mau kena cari petang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan manis leting kata kawan-kawan😅

      Delete
  3. Terliur, tengok cucur udang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Rasa nak pi makan lagi😅

      Delete
  4. dah jarang makan aiskrim viral mcm ni sbb manis sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha boleh makan sekali sekala aje Abam Kie

      Delete
  5. Aiskrim gula apong mokti tu pun ammi x penah try. Kedai yg kat senawang tu manjang tutupppp je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba kalau ada peluang sebab manis molek rasanya

      Delete
  6. Takut tengok gambar nombor 2 tu, manis letingg!

    Saya kalau di chagee selalu order white oolong peach tea tu je. Tak tau air perisa apa lagi yg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha manis tahap potong kaki bak kata kawan-kawan ni. Peach tea kebiasaannya memang sedap kan

      Delete