Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Adakah sibuk dengan jemputan rumah terbuka Aidilfitri?

 

In sya Allah ada lebih kurang 9 hari lagi ye untuk puasa sunat Syawal.

Ada ustaz bagitau perlu menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkan baru boleh puasa sunat Syawal.

Ada ustaz kata boleh disekalikan mengganti puasa dan puasa sunat Syawal.

Kalau spesies macam den yang perlu menggantikan puasa lebih 14 hari sebab tidak dapat berpuasa di awal dan akhir Ramadhan, memang tidak akan tersempat hendak menggantikan semua puasa di bulan Syawal sebelum puasa sunat Syawal.

Kita cuba yang apa sedayanya aje la ye.

Hendak diapakan lagi ye tak😅?

 

Bulan Mei saban tahun sememangnya ada banyak yang hendak diraikan.

1 Mei adalah Hari Pekerja.

12 Mei adalah Hari Ibu.

16 Mei adalah Hari Guru.

22 Mei adalah Hari Wesak.

 

1 Mei paling menggembirakan sebab cuti.

22 Mei Selangor cuti Hari Wesak.

Dia kalau bab-bab cuti ni memang membahagiakan😅.

Hari cuti macam ni paling meriah untuk diraikan.

 

Kome ada pergi berjalan ke mana-mana ke Cuti Hari Pekerja ni?

Berangan macam hendak masak nasi goreng cili kering.

Den ingat macam hendak kemas rak buku.

Lepas tuh hendak pesoh pokok yang banyak telah kamikaze dekat balkoni.

Tapi itu la tidak pasti rajin ke idok nih ha.

Entah-entah tengok KDrama sampai lebam sudahnya😅.

Sambil makan makanan yang dipesan melalui GrabFood.

Serta habiskan kuih raya sebelum expired.

 

Hari Ibu saban tahun biasanya akan menjadi perdebatan tentang boleh atau tidak ianya disambut.

Ada ustaz kata haram.

Ada ustaz kata boleh disambut dengan bersyarat.

Keluarga den sambut raya pun asal boleh.

Makanya kami memang sejak dahulu tidak menyambut hari ibu, hari bapa, etc.

 

Setakat ni tiada lagi surat dari sekolah tentang sambutan Hari Guru.

Kalau ada surat bagitau ada sambutan dan murid-murid disarankan bawa hadiah, kita usahakan.

Kalau sambutan Hari Guru tema marilah membawa makanan bersama, moh la kita beli kuih ke tempah bihun.

Apa yang disarankan oleh sekolah den ikut aje.

 

Banyak lawatan tapak berjujuk menanti bulan Mei ni.

Ada yang ditangguhkan semasa Ramadhan, maka pulun la Mei ni ye.

Mesyuarat usah dibicarakan memang sakan berenyutnya.

Moh la kita buat kerja dengan cemerlang dan terbilang ye.

 

Bagi mereka yang merupakan peminat buku, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) akan berlangsung.

Tarikh: 24 Mei - 2 Jun 2024

Tempat: PWTC, Kuala Lumpur

Masa: 10 pagi - 10 malam

Tidak pasti lagi den hendak pergi ke tidak sebab malas nak menguit😅.

Kalau terpergi nanti pastinya akan terbeli.

Itu memang tidak dapat dibantu.

Buku-buku dalam kategori To Be Read (TBR) di rumah pun udah berenyut.

Jadinya kita tunggu dan lihat ye konsepnya.

Sekarang ni macam tidak ada movie menarik untuk ditengok di pawagam ke macam mana?

Tahun 2022 den tengok Top Gun Maverick sorang-sorang.

Tahun 2023 den tengok John Wick 4 sorang-sorang.

Movie apa yang ada sekarang yang seronok tengok sorang-sorang.

Adakah den kena tengok movie Sheriff😅?

 

Didoakan semoga Mei kita meriah dengan rezeki yang macam-macam ye.

Semoga Mei ini yang molek banget untuk kita semua ye.

 

0 Comments