Just as everyday is equal in value and no less important than all the others. The day I was born, today as I stand here now and many tomorrows to come.

Sejenis buku menambat hati dari ayat pertama kita baca begitu.

Buku dalam kategori soothing dan healing.

Tajuk: What Are You Looking For Is In The Library

Pengarang: Michiko Aoyama

Mukasurat: 182

Terdapat 5 cerita yang melibatkan 5 orang pada peringkat umur berbeza yang sedang berada di dalam persimpangan dilema tentang kerjaya dan kehidupan mereka yang singgah di perpustakaan yang berada di dalam perkarangan Hatori Community House.

Perpustakaan ini mempunyai seorang librarian bernama Sayuri Komachi yang suka mengait, makan Honeydome cookies Kumeriyado serta berbakat menaip dengan sepantas kilat.

Beliau akan memberikan senarai buku-buku yang sesuai dengan topik yang mereka hendak pinjam.

Tetapi yang istimewanya pasti akan ada terselit sebuah buku yang tidak ada kena mengena dengan topik yang dicari.

Setiap peminjam juga akan diberikan sebuah hadiah comel begitu.

 

Tomoka, 21 tahun, jurujual pakaian wanita.

Tomoka rasa hidupnya macam biasa-biasa, statik dan tidak ada pencapaian yang boleh dibanggakan.

Buku yang hendak dipinjam berkaitan Excel.

Buku yang tidak ada kena mengena - Guri and Gura (buku kanak-kanak tentang kehidupan 2 ekor tikus ladang).

Hadiah comel - frying pan sebesar jam tangan.

 

Ryo, 35 tahun, Pekerja Akaun di Syarikat Perabot

Ryo jatuh cinta dengan barangan antik sejak dia membeli sebatang sudu antik di sebuah kedai antik semasa dia di sekolah menengah.

Dia rasa macam terpaksa buat kerja yang dia tidak suka iaitu akaun sedangkan dia bercita-cita untuk membuka sebuah kedai barangan antik.

 

Buku yang hendak dipinjam berkaitan Cara Membuka Kedai Sendiri.

Buku yang tidak ada kena mengena - Royal Horticultural Society : How Do Worms Work? A Garderner's Collection of Curious Questions and Astonishing Answers.

Hadiah comel - a cat shaped wollen ball.

 

Natsumi, 40 tahun, Bekas Editor Majalah

Natsumi rasa dia tidak menjadi ibu yang baik kepada anaknya yang berumur 2 tahun dan pada masa yang sama tidak gembira kerana ditukarkan ke bahagian Pengurusan Maklumat.

Dia rasa dia tidak akan dapat menyeimbangkan tanggungjawab sebagai ibu dan pekerja.

 

Buku yang hendak dipinjam berkaitan buku kanak-kanak untuk anaknya.

Buku yang tidak ada kena mengena - Door to the Moon.

Hadiah comel - a globe.

 

Hiroya, 30 tahun, NEET (Not in Employment, Education or Training)

Selepas habis belajar di kolej, Hiroya tidak dapat menjadi pelukis/artist manga di mana-mana tempat.

Dia tidak bertahan dengan kerja sambilannya.

Akhirnya dia duduk sahaja di rumah dengan emaknya.

 

Buku yang hendak dipinjam adalah manga tapi tiada cadangan manga daripada librarian.

Buku yang tidak ada kena mengena - Evolution: A Visual Record

Hadiah comel - a small plane.

 

Masao, 65 tahun, pesara

Selepas 6 bulan bersara wajib, Masao tak tau nak buat apa dengan kehidupan dia.

Dia risau nanti dia melemau dan sudahnya boleh jadi bergaduh dengan isterinya yang berumur 55 tahun dan masih bekerja.

 

Buku yang hendak dipinjam macam mana hendak main Go.

Buku yang tidak ada kena mengena - Genge and Frogs (buku puisi kanak-kanak).

Hadiah comel - rantai kunci ketam.

 

Setiap cerita buat kita rasa nyaman je.

Salah satu buku yang bisa diulang baca sebab soothing sangat.

Den paling suka cerita Hiroya.

 

Bila den google, rupanya ramai pembaca buku ni yang tanya bagaimanakah rupa Honeydome cookies ni😅

Den google keluar gambar kuih loyang.

So sampai resensi ini ditulis den tidak pasti bagaimanakah rupa Honeydome cookies yang sebenar.

 

Mula baca buku ni masa den tunggu Bas Selangorku.

Lepas tuh baca on off sebab hendak habiskan baca buku Saidina Abu Bakar yang dipinjam dari PPAS Bangi.

Habis baca masa dalam komuter dari Shah Alam ke KL Sentral (habis baca di stesen Pantai Dalam).

 

0 Comments