Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita lupakan sejenak keterlukaan hati kehilangan semua gambar, nota dan dokumen akibat handphone den kamikaze secara tiba-tiba.

Marilah kita sambung cerita Bida Travel Sorang Singapura dalam episod seterusnya😅.

 

Selesai sesi mengira langkah di MacRitchie Reservoir Park selama lebih 2 jam, den memulakan langkah menyusuri MacRitchie Nature Trails dengan semangat berkobar-kobar.

Biarpun langkah pertama udah sesat enggak apa-apa begitu.

Sesat dalam kehidupan adalah perkara biasa😅.

Asal kita berusaha kembali ke pangkal jalan begitu ye.

Ada sahaja papan tanda menunjukkan arah masuk untuk mulakan perjalanan 4.5 km di MacRitchie Nature Trails.

Cuma itu la mungkin den idok perasan ye. 

Den sebenarnya hendak singgah ke Jelutong Tower tetapi itu la masa tidak mengizinkan begitu

Ada pilihan beberapa laluan denai.

Maka pilih yang mana bersesuaian dan berkenan di hati ye. 

Ada denai yang menyusuri empangan
Petai Trail ini adalah melalui laluan walkway. Ini pun den tidak sempat menjelajah sampai hujung.

Ramai je orang berjalan di laluan denai ini.

Tetapi ada di sesetengah laluan, memang den seorang diri berjalan di situ.

Agak sunyi sebab hanya den berjalan di denai sambil sekali sekala ada bunyi kicauan burung. 

Masa nampak check point ni semangat ye
Beriya mengambil gambar bagai hehehehe

Semasa mula perjalanan dalam 1 kilometer pertama macam okay lagi.

Siap berhenti di sana sini untuk bergambar sekupang dua biarpun hanya ambil gambar kasut begitu.

 

Jumpa je check point 2 km, den mula terasa menyesal kenapa den buat itinerari macam ni.

Masa ini penyesalan mula menyelubungi diri dengan pertanyaan what the hell are you thinking Bida oiiii

Den bukanlah seorang outdoor person.

Sebarang aktiviti bersukan ke apa di pejabat pun den tidak pernah sertai.

Den sejak dahulu kala adalah indoor person.

Melepak di cafe, tengok wayang, baca buku, tengok Neflix dan makan-makan adalah diri den yang sebenar.

Jadinya kenapa den buat aktiviti di Singapura dengan tema kembali ke alam sekitar yang masuk menyusuri denai bagai ini ada sesuatu yang sangat misteri🤔.

 

Tetapi disebabkan udah hampir separuh jalan den menyusuri denai, makanya perjalanan harus diteruskan.

Kalau patah balik tetap juga kena melalui denai yang memenatkan.

Masa ni rasa macam nak menangis dah
Di sini bermula fasa menyeret kaki

Memang minta nyawa ye hendak menyampaikan ke laluan yang membawa kepada MacRitchie Tree Top Walk.

Dia pula antara dahaga tapi tidak mahu minum banyak air sebab takut hendak terkucil begitu.

Sepanjang denai 4.5 km tuh memang tiada tandas ye.

Ada 2,3 gazebo untuk kita melepaskan lelah. 

Antara tempat berehat yang den sempat ambil gambar

Ada juga batuan untuk kita berehat.

Memang menyeret kaki den hendak menyelesaikan denai 4.5 km ni.

 

Den ditemani flora dan fauna sepanjang perjalanan.

Terjumpa beruk masa semakin menghampiri jalan ke arah Tree Top Walk. 

Mujur sangat kami hanya saling menjeling

Mujur kami saling pandang memandang sahaja.

Kalau dia kejar den ke apa memang den tak tau nak mengelakkan diri macam mana sebab otak sebu tidak dapat berfikir sebab penat sangat.

 

90% denai ni adalah landai.

Lagi 10% denainya macam berbukit sedikit.

In sya Allah tidak susah pun untuk berjalan di sini.

Cumanya jauh kot 4.5 km untuk orang yang tidak bersenam macam den nih ha.

Laluan macam ni sekupang dua je pun

Zumba pun udah 2 tahun ditinggalkan yang mungkin tidak akan berpaling lagi.

Basikal dekat rumah tuh udah 1 tahun tidak berkayuh begitu.

Memang entah apa-apa kan den ni.

Daripada kebiasaan dok terklepet makan-makan sambil tengok Neflix tetiba berjalan sakan berkilometer bagai.

Mana maunya tidak terpleot.

Dasar belalang kunyit begitulah ye😂.

 

Berjalan sambil mengenang nasib diri kenapa terjebak dengan itinerari yang kuban-kuban ini sebenarnya adalah masa yang paling sesuai untuk refleksi diri😂.

Masa ni rasa macam nak mengesot dah

MacRitchie Nature Trails ini in sya Allah sesuai banget untuk beginner.

Santai aje sebenarnya kalau kita tiada apa yang hendak dikejar.

Den aje yang tidak ada stamina sebab tidak bersedia apa pun.

Itu je kisahnya.

Den rasa den ambil masa hampir 2 jam juga.

Di samping menyeret kaki, den juga banyak berhenti untuk mengambil nafas.

Bila jumpa jalan bertar ni maknanya memang udah hampir benar dengan jalan masuk ke Tree Top Walk

Lama den berehat dekat laluan jalan masuk ke arah Tree Top Walk

Sampai je dekat laluan hendak memasuki kawasan MacRitchie Tree Top Walk, memang terasa lega macam hendak pengsan😂.

Ada dalam 10 - 15 minit den duduk situ savouring the moment of triumph begitu😂.

Kata life is so short that we shall celebrate all the small milestones and wins kan?

Jadinya izinkanlah daku menghargai kejayaan merentasi 4.5 km denai tanpa terkucil dan terpleot begitu😂.

 

Begitulah kisah orang yang selama ini bergolek-golek atas tilam tengok Neflix sambil makan jajan tetiba buat keputusan untuk berjalan-jalan di denai hutan tanpa sebarang persediaan😂.

In sya Allah den akan sambung cerita di post akan datang ye.

Den sebenarnya udah patut sangat kayuh basikal di rumah tu atau sertai semula kelas zumba kan?

Till then, jaga diri semua.

 

0 Comments