Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Ibu bapa ada yang ambil cuti untuk bawa anak-anak yang sedang bercuti sekolah jalan-jalan cari makan ke?

Setakat ini den tiada rancangan hendak ke mana-mana.

 

Yang pastinya bahagia hendak pergi kerja sebab jalan tidak sesak langsung waktu pagi hehehehe.

In sya Allah sepanjang cuti sekolah ada rezeki punch in sebelum pukul 8 am.

Den suka banget suasana pagi tidak ramai orang beratur menunggu lif di bangunan pejabat tuh.

 

Cerita tentang sesi berjimbaan di Singapura den tangguhkan dulu ye.

Macam penat pula nak perah otak mengingatkan kisah yang sudah 1 tahun 2 bulan berlalu hehehehehe.

Hari ni den hendak cerita tempat makan yang makanannya kena dengan tekak den.

Laksa Pondok Ipoh Kathy ni pada den cukup sifat.

Makanan tradisional - checked.

Makanan ada rasa - checked.

Persekitaran nyaman dan vibes kampung - checked.

Harga mampu milik - checked.

Walaupun ada lima menu utama sahaja iaitu laksa, nasi lemak daun pisang, bubur anak lebah, cucur jagung dan keropok lekor tetapi semuanya ada rasa.

Den paling suka nasi lemak daun pisang dia.

Macam nasi lemak kampung dulu-dulu masa den kecil dulu.

Laksa dia memang cukup rasa ikan, kuah pekat dan memikat hati.

Memang berpeluh-peluh makan sebab sedap banget.

Persekitaran memang awesome.

Suasana melepak di kampung.

Siap ada seekor ayam jantan datang ke kami sedang makan.

Bila den bagi jagung dalam cucur jagung pada ayam tuh, lagi sakan la dia melepak dekat kami.

Budak-budak ni excited la tengok ayam tuh.

Deme kan duduk di kawasan yang tiada peluang untuk terserempak dengan ayam.

Makanya bila ada ayam yang datang dekat memang excited la deme.

Laksa Pondok Ipoh Kathy ni bersebelahan sebuah tasik/lombong.

Kalau kome berjalan ke hujung, kome boleh nampak lombong ni.

Molek juga untuk bergambar.

Kalau hendak makan sambil mengadap mengadap lombong pun boleh juga.

Ala-ala having tea with a view begitu.

Memandang sumber air nih memang salah satu terapi diri ye.

Atau bak kata orang sekarang healing.

Ada sebuah rumah kampung di tengah kedai ini.

Ini juga merupakan tempat yang cantik untuk OOTD lagi-lagi kalau kita berbusana baju tradisi.

Eceh hehehhehee.

Disebabkan den malas hendak hendak menguit, den cuma sekadar bergambar di atas tangga begitu.

 

Waktu Operasi Laksa Pondok Ipoh Kathy adalah pada Selasa - Ahad (12.30 tengahari - 7.30 malam).

Hari Isnin cuti.

Maka moh la kome singgah minum petang di sini ye.

https://maps.app.goo.gl/njSWAbuop81QFFiC6

Indah, 33, Jalan Balam, Taman Desa Pengkalan, 31500 Ipoh, Perak

017-4233438

 

 

0 Comments