Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Eceh tajuk macam drama pukul 7 je kan😅.

Betul memang patah hati keriuk-keriuk.

Kalau memang setakat itu jodohnya.

Apa lagi yang hendak dikatakan ye tak?

 

Walaupun kita telah berusaha sedaya upaya.

Tetapi kalau sudah begitu takdirnya.

Kita cuma bisa memujuk hati agar berdamai dengan takdir.

Hendak move on dan bangun semula sememangnya memerlukan masa dan ruang.

Setakat ini masih dalam fasa cuba menerima hakikat kehidupan begitu.

 

Handphone den went kaput 28 April 2024 lepas.

Hantar untuk diperbaiki tiada apa yang bisa diselamatkan langsung.

Segala mak nenek maklumat, gambar, nota, etc dalam handphone couldn't be retrieved😭.

 

Memang terkesima sekejap sebab tidak sangka terpisah secara tiba-tiba macam tuh.

Like I thought we are in it together.

We created so many memories together.

Why you left without giving me the chance to say goodbye.

Bida dan dramatik berpisah tiada begitu😅.

 

Gambar dan video semua lebur.

Walaupun gambar-gambar yang den rakamkan selalunya caca merba macam den juga tetapi itu semua kenangan den.

Sekali hilang begitu sahaja😭.

 

Being a melancholic and an introvert person, I love to jot down phrases and quotes from movies, kdramas, books, lyrics, etc.

I reread them whenever I feel down, etc.

I lost all these😭.

 

All my summary and review for each book I read in 2024 were all in the phone.

50 books until end of April.

Mungkin ada beberapa review yang mana den sempat email dapat diselamatkan tetapi banyak juga yang tidak teremail.

Langsung macam terjebak dengan sedikit reading slump sebab sedih nota baca buku jadi begitu.

Haish.

 

My travelling notes.

Eventhough I didn't have the chance to travel as much as I want to but I treasured my notes.

I cherished every moment - the best, bad, crazy, etc.

Those were my stories.

Gone with the wind😭.

 

My survival notes - alamat rumah no plot segala bagai, senarai hutang piutang, hashtags😅, write up drafts, ukuran badan kot nak beli baju atas talian😅, etc.

Semuanya hilang tanpa bisa dikesan😭.

 

Ada kerja-kerja yang udah draft untuk review produk, etc turut hilang tanpa jejak😭.

Mungkin orang nampak video yang den buat poyo-poyo je bila den review produk.

Tetapi tetap la juga perlu masa dan kudrat untuk siapkan setiap satu video.

Ada review yang den terpaksa tarik diri sebab telefon den terpleot.

Kalau kena senaraihitam dengan PR mana-mana agensi pasrah aje la.

 

My random thoughts and notes about life and everything under the sun all vanish.

Never will be seen again 😭.

 

Patah hati bila handphone yang dipakai tidak sampai 2 tahun mati kejung.

Tapi yang lebih keriuk terpleot hatinya adalah apabila hilang semua gambar, nota, etc dalam handphone tuh.

 

Belum cerita perlu download dan set up semua aplikasi macam email, bank, media sosial, etc dekat handphone sementara ni.

Udah la password apa semua den memang tidak ingat.

Ada 1 akaun IG den tuh ambil masa hampir seminggu untuk dapatkan semula sebab tidak ingat langsung username dia apa.

Dasar memori ikan emas begitulah.

 

Jadinya minggu lepas memang agak terpleot sedikit emosinya.

Berhenti buat sementara waktu mohon apa-apa review yang ada.

Media sosial pun tidak berupdate.

Sedang sibuk macam-macam hal di pejabat pun iya.

 

Nanti bila ada masa baru hendak siasatan apa yang bisa diselamatkan dari emails lama.

Gambar memang tak boleh buat apa.

Seperti kata Kak Melah Selamat Tinggal Romeo begitu😭.

 

Handphone sementara ni pula selama ni den guna untuk main game dan dengar lagu je.

Harap-harap ia bertahan sampai ada bajet untuk beli handphone baru nanti.

 

Begitulah kehidupan ye.

Hendak diapakan lagi iye tak?

Moh la jalan terus sahaja walaupun terpaksa mengesot begitu.

Semoga yang molek-molek untuk kita semua hari ini, esok, lusa dan selamanya ye. 


 

 

0 Comments