Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Moh kita sambung kisah penyesalan berjimba di kawasan alam semulajadi di MacRitchie😅.

Kita sambung cerita bermula dari den berehat-rehat di laluan masuk ke Tree Top Walk ye.

 

Sebenarnya sebelum sampai di sini, den melalukan Ranger Station.

Tetapi den tidak pasti bangunan ini dalam proses penambahbaikan ke apa sebab den tidak terperasan pula renjer nya di situ.

Tidak berani hendak pergi tandas di sini sebab macam seram plak tiba-tiba😅.

 

Kome kalau hendak ke TreeTop Walk ni ada dua laluan ye iaitu dari:

1. Tempat meletak kenderaan di Venus Drive (2.5 km, 45 - 1 jam); atau

2. MacRitchie Reservoir Park (4.5 km, 1.5 - 2 jam)

 

Disebabkan den amnesia yang den bukan outdoor person, den pilih laluan kedua😅.

Jadinya menyesal pun tiada gunanya.

 

Selepas den melepaskan lelah di tepi jalan tar, den memulakan langkah memasuki laluan ke pintu masuk TreeTop Walk.

Hendak menyampaikan ke pintu masuk kena melalukan walkway kayu.

Idok la jauh mana pun.

Memang tak larat rasa hendak mengesot begitu.

Tapi disebabkan udah penat macam nak pengsan, setapak dua pun terasa jauh.

Padahal cantik banget walkway nya.

Memang cun untuk bergambar sakan.

Gambar diambil asbab tak larat nak menguit

Papan maklumat yang terdapat di sekitar kawasan ini den pandang sepintas lalu je.

Rasa lega banget bila akhirnya sampai ke pintu masuk TreeTop Walk ini.

Den lupa kena tulis nama dalam buku ke idok bila sampai sini.

Itu la cerita 1 tahun lepas baru hendak cerita sekarang.

Udah memori ikan emas kan?

Haish.

Finally....setelah menyeret kaki berkilometer😅
Sempat dia hendak bermanja-manja dengan den

Masa hendak melangkah masuk ke dalam titian TreeTop Walk, boleh pula seekor ini pegang beg den.

Udah den berdebar.

Gelak je petugas di pondok pintu masuk TreeTop Walk tuh ha😅.

Katanya monyet tuh tertarik dengan beg sandang warna terang beno.

 

Den berjalan dengan bersopan santun dan berhemah di TreeTop Walk sebab jenuh kot hendak menyampaikan ke sini.

TreeTop Walk sepanjang 250 meter dan berada 25 meter dari atas tanah.

TreeTop Walk adalah suspension bridge.

Kita boleh tengok pemandangan penuh kehijauan pokok-pokok dari TreeTop Walk ini.

Lama juga den berdiri tengok pemandangan pokok.

Den baca semua maklumat pasal flora dan fauna di papan kenyataan.

Best sebenarnya bila udah penat kita ambil nafas dalam-dalam di tempat tinggi macam ni.

Rezekinya masa den mula-mula berjalan di sini tidak ramai orang sedang melintas di titian ini.

Jadinya boleh ala-ala take my own sweet time berpeleseran di TreeTop Walk ni.

 

TreeTop Walk ini tidak bergoyang ke apa sebab dia bukan titi gantung.

Steady je sebenarnya kita berjalan dekat sini.

In sya Allah kalau tidak selalu memandang ke bawah idok la gayat😅.

Pastikan kome pegang handphone molek-molek di sini ye.

Kalau terlepas dan terjatuh di celah laluan TreeTop Walk ni, memang nyanyi lagu Bye Bye Bye oleh NSYNC je la ye😅.

Memang tidak banyak gambar diambil di sini sebab lebih pada menghayati suasana alam + melepaskan lelah + payah hendak mengambil gambar sorang-sorang ni + risau terlepas handphone sebab dok keletihan.

Nih untuk staff sahaja. Kita tak boleh naik.

Bila den udah sampai ¾ daripada TreeTop Walk ini, ada satu 3,4 orang remaja orang putih melalukan tempat yang sama.

Jadinya den hello la deme minta diambil gambar den barang sekeping dua😅.

Selesai aje berjalan di TreeTop Walk ini, kena melalukan walkway yang boleh tahan panjang untuk memulakan perjalanan pulang ke arah tempat meletak kenderaan Venus Drive.

Bagi mereka yang memang jenis outdoor, memang sejenis kacang aje la perjalanan macam ni.

Siapa yang suka bergambar pun sebenarnya molek kejadian gambar di sini.

Kerja den menapak sekupang dua.

Lepas tuh berehat sampai jumpa jalan keluar.

Walaupun telah terpleot kakinya tetapi tetap jua bergambar sekupang dua ye

Masa den berehat di sebiji batu hendak ke jalan keluar tuh, ada seseorang mamat tegur den.

Dia tanya den tahu tak arah hendak ke MacRitchie Reservoir Park.

Dia letak kereta dekat tempat letak kereta Venus Drive.

Lepas dah bagi arah jalan bagai, berlaku perbualan seperti di bawah:

 

Mamat: You are a human right? Like a normal human?

Den dalam hati dah macam ‘eh den nampak macam alien ke apa ni?’

Den: Of course I am a human being.

Masa jawab tuh den dah tergelak-gelak dah.

Mamat sambil gelak sama: I am worried if you are some sort of mystical creature in the human form because you suddenly came out from the forest.

Lorrrrr….dia risau den orang bunian agaknya ye😅.

Bersembang la sekupang dua dengan mamat ni.

Dia pegawai penjara di Penjara Changi.

Dia suka sertai aktiviti triathlon merata.

Memang sado badan dia sejenis masuk gym ni.

A leng chai.

Dia bagi nombor telefon dia pada den minta den roger dia nanti.

Tapi den udah delete nombornya bila balik Malaysia sebab jauh beno hendak kena seberang tambak Johor bagai kalau hendak dijadikan anak ikan pun😅.

Lepas habis sembang, kami pun berpisah mengikut laluan masing-masing.

Kalau ikut dari jalan keluar ni hendak ke Menara Jelutong dalam 900 meter je.

Tapi disebabkan den risau takut terlepas untuk sampai di Stesen MRT Raffles bagi program Sustainable Walks oleh SingapoRewards tuh, makanya den batalkan aje hasrat di hati.

Menarik juga sebenarnya Menara Jelutong ni.

Haish…adakah harus ulang datang ke sini😅?

 

Tapi mujur banget den tidak ke Menara Jelutong sebab bila den mula melangkah di denai menghala ke Venus Drive tuh, hujan turun agak lebat.

Laluan denai ke arah Venus Drive

Udah la idok ada payung ke baju hujan kan.

Memang meredah hujan sambil bermonolog ‘kenapa la itinerari engkau macam ni perempuan’😅?

Sampai aje di kawasan letak kereta di Venus Drive, den terus aje pergi tandas bagai di sini.

Tak pasti kenapa kasut den yang warna merah bata tiba-tiba warna pink dalam gambar ni

Begitulah kisah perjalanan den di TreeTop Walk ni.

Bila den tengok semula gambar-gambar semasa di MacRitchie Nature Trails, TreeTop Walk dan Venus Drive ni, terasa eh suka-suka hang je jalan sorang-sorang tempat macam ni kan?

Alhamdulillah den selamat apa semua.

Masa berjalan tuh tak teringat langsung pasal makhluk halus ke apa ke.

Masuk dalam hutan tuh pun den terlupa den ada Bismillah ke idok.

Rezeki juga den tidak terkucil sebab den nih bak kata orang Penang adalah dalam kategori membesiaq (asyik pergi tandas sebab sokmo terkucil).

Semoga ada rezeki bertemu dalam post akan datang ye.

 

0 Comments