Isnin lepas den beli acuan buat aiskrim kat DIY. Yang ada 4 cavity tuh harganya RM 4.80 kalau tak silap.

Dah beli tuh makanya budak-budak kalut la nak buat aiskrim sendiri. Nak plak cuaca memang panas betul sekarang ni. So kalau makan aiskrim memang sajak sangat la kan.
Disebabkan den malas nak google resepi apa, den bubuh je buah apa yang ada dalam peti ais tuh.

Den potong kecil-kecil epal merah dan tembikai.

Untuk cecair atau syrup aiskrim tuh, den letakkan cordial laici dan mangga.

Kitaorang buat 2 jenis aiskrim je. Epal merah + air laici dan tembikai + air mangga.
Isi buah-buahan dalam acuan aiskrim tuh ¾ penuh. Lepas tuh bubuh air cordial tuh sampai penuh.
Letak kat freezer dalam 3 jam siap untuk dimakan.

Memang heaven makan aiskrim di kala panas lit-lit.

Next time boleh buat untuk buah-buahan lain plak.

Benda mudah-mudah camni den rajin la nak layan hhehehehehe.

6 Comments

  1. perghhhh
    senang pula tengok cara buat
    hehehe

    ReplyDelete
  2. popsicle! cantik je bentuk dia. sesuai untuk budak2 kecik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak memang excited makan. Mama tumpang sekaki:)))

      Delete
  3. waa...mudah sangat nk buat ni..xpayah pk byk2 kan..dah siap, cantik pula kejadiannya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak paling happy bila aiskrim ni jadi. Depa dok cakap pandai mama buat aiskrim padahal sempoi je pun hehhehehehe

      Delete