Hari Sabtu lepas, 14 September, den berpeluang joint 3 jam free workshop dari 10 pagi sampai 1 tengahari di Suzuka HQ yang terletak di Meru.
Best k worksyop ni sebab kita belajar hands on dua (2) teknik mengecat. Penganjur bengkel mengecat iaitu Mr Paint Shop Malaysia dan Suzuka Malaysia maklumkan bengkel kali ni merupakan kali pertama atau julung-julung kali depa buat bengkel mengecat bersama orang awam.
Peserta bengkel mengecat bersama wakil Mr Paint Shop dan Suzuka. Den seko sesat seorang Melayu di situ hehehehe
Sebelum ni memang ada bengkel mengecat tapi hanya kepada pemaju, kontraktor, arkitek, interior designer, etc.

So memang rezeki den la dapat attended bengkel mengecat ni.

Sebelum hands on mengecat, ada taklimat dan demo ringkas macam mana nak mengecat.
Lepas tuh setiap peserta kena mengecat sendiri 2 teknik yang dah didemokan tuh.
Tengok demo macam senang je kan tapi bila kena buat sendiri agak berpeluh ketiak di situ dan terpleot juga di sana sini hehehhehehe.
Hasil kerja den yang pertama
Hasil kerja den yang kedua
Antara peralatan yang diperlukan
Lepas siap mengecat kitaorang lunch kat showroom area di Suzuka HQ tuh. Serious cantik sungguh tempat ni dan sangat instagrammable. 

Cumanya tak dapat bergambar sakan sebab den sorang je blogger kat situ yang excited nak bergambo, yang lain memang fokus belajar mengecat, depa tak heran nak ambil gambar pun hehehehehe.
Lepas lunch, peserta voted hasil mengecat siapa yang paling cun. Miss Kim yang bertuah tuh mendapat RM300 voucher daripada Mr Paint Shop Malaysia.

Sayang sangat daripada 23 orang yang mendaftar untuk bengkel mengecat ni, yang hadir hanya 10 orang je. Den seorang non-malay yang hadir.

Sayang sungguh sebab it was a free worksyop + siap ada free gift lagi.

Dah la dapat belajar cara mengecat kan, semua peserta juga dapat 1 set cat cement texture (1 premier, 1 texture dan 1 top coat) dan 1 voucher RM50 daripada Mr Paint Shop Malaysia.
Dengan wakil Mr Paint Shop
Ada juga brochures tentang cat, bricks, etc yang memang den suka tengok info nya hehehehehehe.
Den harap Mr Paint Shop Malaysia akan buat lagi workshop ni di masa akan datang dan den ada peluang lagi untuk joint workshop ni.

Kalau korang nak tengok tarikh workshop akan datang, korang boleh follow Mr Paint Shop Malaysia di:




Mr Paint Shop ni dah ada 20 cawangan kat Lembah Klang k.

Kalau korang nak melawat showroom Suzuka Malaysia, korang boleh pergi ke 2 tempat iaitu di Meru dan Mont Kiara.

Korang juga boleh follow Suzuka Malaysia di:


  

0 Comments