Muzium Automobil Nasional, Litar Antarabangsa Sepang

Den sebenarnya tak pernah tau pun kewujudan National Automobile Museum yang terletak dalam Litar Antarabangsa Sepang ni. Masa den dok search tempat menarik kat area Sepang terjumpa plak kelibat muzium ni makanya moh la kita pergi tengok kereta apa yang dipamerkan kat sini.
Macam ni la bila ambil gambo dengan kiddos
Kitaorang sampai dalam pukul 12 tengahari.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium di bawah kelolaan Jabatan Muzium Malaysia ni. Kita cuma perlu tulis nama dalam buku pelawat.

Muzium dua tingkat yang ruangnya amat la comel makanya tak dapat la agaknya depa nak letakkan semua kereta Nasional yang pernah dihasilkan oleh Malaysia (baik Proton mahupun Perodua). Macam terkilan la juganya sebab nama muziumnya dah muzium kereta Malaysia kan, patutnya macam kena ada semua kereta Malaysia la kan? Mungkin boleh dibuat penambahbaikan di masa hadapan ye.

Budak-budak dan buong suka sangat dapat tengok pelbagai jenis kereta termasuk kereta antic yang terdapat di sini. Ada jenama kereta yang den tak pernah dengar pun namanya.

Tingkat bawah muzium dipenuhi dengan maklumat sejarah penubuhan Muzium Automobil Nasional, sejarah automotif di Malaysia, superbike championship, etc.
Yang bestnya ada 5 buah model kereta-kereta terawal yang diperkenalkan di Tanah Melayu. Kereta klasik memang unik dan cantik kan. Setiap kereta yang dipamerkan disertakan sekali dengan maklumat ringkas.
Dah macam Flash dah si A tuh
Di tingkat atas walaupun ada dua buah kereta Bufori, tingkat ini dipenuhi dengan maklumat automobil Malaysia iaitu Proton, Perodua, Modenas, etc. Walaupun tak semua model kereta Malaysia dipamerkan kat sini tapi still ada la beberapa buah model yang kita boleh tengok macam Waja, Kancil, Kenari, etc. Den still rasa semua model kereta yang Malaysia pernah produce patut diletakkan semuanya di muzium ni.

Ada maklumat dan kronologi perkembangan Proton, Modenas, etc.
Kecoh budak ni dok cakap ni macam motor papa. Iyo la. 
Matching plak baju depa dengan warna kete ni heheheehhe
Buong duduk paling lama kat bahagian komponen kereta yang diceraikan. Ada enjin, compressor, etc. Menarik pameran bahagian ni sebab kita boleh belajar tentang komponen kereta.
Dalam 45 minit juga la kitaorang kat sini sebab buong dan kiddos sakan dok membelek kereta-kereta yang ada kat sini. 

Memang menarik semua kereta yang ada kat sini terutamanya kereta-kereta antic tuh. Kita boleh tengok design depa lebih berseni, binaannya lebih kukuh, etc kalau nak dibanding dengan kereta sekarang.

Serious antara a must visit place at Sepang ni ye.

Boleh baca cerita details tentang Muzium Automobil Nasional ni di http://www.jmm.gov.my/en/museum/national-automobile-museum ye.

Waktu operasi adalah seperti berikut:
Selamat belajar tentang kereta ye.

No comments:

Powered by Blogger.