Chapayom di Central iCity Shah Alam

Korang pernah makan-makan di Chapayom tak?

Kalau belum, korang kena cuba k sebab ni antara port makan yang memang awesome.

Chapayom yang menyajikan Premium Thai Tea, Foods and Desserts telah membuka cawangan di LG K01, Central iCity Shah Alam.
Den dah cuba makan Tom Yum Thai Noodle, kerabu mangga (somtam), pulut nangka, pulut mangga serta minum Chapayom' signatures drinks iaitu Thai Red Tea dan Thai Milk Green Tea di Chapayom, iCity Central, Shah Alam.

Sakan tau kiddos dan buong makan Tom Yum Thai Noodle tuh walaupun agak pedas sikit. Depa tinggal sikit je mee tuh untuk den makan huhuhuhuhu. Bagi den, ni antara menu wajib kalau ke Chapayom sebab rasa tom yum dia memang meletopsss.
Kerabu mangga tuh memang terbaik. Lengkap dengan kacang tanah, gajus dan seko-seko udang kering. Ditambah pula dengan kacang panjang dan tomato yang fresh. Memang my kind of food la.
Pulut mangga dengan santan yang pekat likat memang memikat hati. Bijan memberikan rasa yang tersendiri pada pulut mangga ni. Den makan sorang je satu hidangan pulut mangga tuh hehehhehehehe.
First time dalam hidup den makan pulut nangka. Sedap juga rupanya. Bijan bagi rasa lebih unik pada pulut nangka ni. Nak pula makan dengan pulut yang rasanya macam pulut yang atok tanak, memang la tak sanggup nak berkongsi makan dengan sesiapa pun satu hidangan pulut nangka tuh hehehehe.
Pulut diletak di celah nangka. Senang betul nak makan. Terus sekali ngap je ni. Tapi tetap penuh mulut ye satu suap ni hehehehehe
Ada pelbagai jenis minuman kat Chapayom ni k.
Den sempat minum Thai Red Tea dan Thai Milk Green Tea. Cukup rasa, just nice manisnya dan tidak memuakkan.
Thai Red Tea


Thai Milk Green Tea
Korang boleh customize drinks kat Chapayom ni. Nak kurang gula ke, tak nak ais ke semuanya boleh ye.
Rasanya in sya Allah den akan singgah menjamu selera lagi di Chapayom next time sebab dengan minuman dan makanan pada harga mampu milik di persekitaran yang cosy definitely a winning combination.

Next time den nak cuba Thai Lok Lok Starter Kit. Banyak pilihan juga ni.
So apa tunggu lagi guys. Moh la kita ke Chapayom Central iCity Shah Alam ye.

Sekarang ni Chapayom Malaysia ada anjurkan lucky draw sehingga 16 September 2019 tau. Dengan pembelian RM30 dalam 1 resit korang layak menyertai 1 lucky draw yang menawarkan gold bar sebagai hadiahnya. Menarik eh?
Korang boleh follow Chapayom serta tengok terma dan syarat lucky draw Chapayom di:







No comments:

Powered by Blogger.