Den bukanlah termasuk dalam golongan yang obses nak kulit putih sebab dah memang kulit den sawo matang kan, nak diputihkan macam mana ye tak hehehhehehehehe. Den adalah salah seorang perempuan yang setakat ini tak pernah terpengaruh dengan sebarang iklan atau produk memutihkan kulit. Den memang tak minat. Period.

So kenapa la pulanya den tiba-tiba pi cuba dua produk Kitsui Korean Whitie dan Kitsui B.B Whitening ni ye?

Sebab den berminat dengan kelebihan produk ni yang boleh membantu menyerikan kulit wajah yang kusam. Tuh main point kenapa den cuba produk ni.

Kitsui Korean White merupakan product booster bagi membantu menangani masalah kulit yang dihasilkan daripada ramuan semula jadi dan didatangkan dalam saiz pembungkusan 17 paket x 5 gram.

Antara manfaat:
  • Bertindak sebagai anti penuaan
  • Menutup pori jerawat
  • Mengurangkan jerawat, freckles, parut, liang terbuka, kulit yang kusam dan gelap
  • Menghapus bintik-bintik atau bintik-bintik hitam di badan dan muka
  • Mencerahkan muka

Cara Penggunaan
 
1. Campurkan 1 paket ke dalam 80 ml air suam. 
2. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. 

Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan terbaik. 

Korang boleh juga campur supplement ni ke dalam sup/oat, jus atau yogurt.

Kitsui B.B Whitening pula merupakan supplements bagi masalah kulit, masalah jeragat, bintik-bintik hitam dan kusam.

Antara manfaat:

Menghalang pembentukan blackhead & whitehead
Membantu mengurangkan jerawat muka dan badan.
Mengawal minyak berlebihan dimuka
Menaikkan seri wajah
Menutup liang pori muka
Mencerahkan mata
Mencerah dan memutihkan seluruh wajah

Ianya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dengan saiz pembungkusan 15 paket x 10 gram.

Cara Penggunaan 
 
1. Tambah 1 paket (10 gram) untuk 150 ml air suam. 
2. Goncang dan minum dengan segera. 

Minum air yang secukupnya untuk hasil yang terbaik. 1 paket sehari, sebaik-baiknya sebelum tidur. Goncang sebelum minum.

Rasanya macam air kordial buah-buahan.
Untuk hasil terbaik, korang disarankan consume kedua supplements ni sekali tapi ikut korang la nak macam mana ye jangan terlebih-lebih sudah ye.

Macam den nih ha, den makan bila teringat dan terasa nak makan je heehehehhee. 

Kalau korang berminat nak cuba Kitsui Korean Whitie dan Kitsui B.B Whitening ni, korang boleh dapatkannya di Guardian, Watson, Lazada, Shoppe dan farmasi terpilih atau lagi senang beli terus di web rasmi Kitsui.

Kitsui ni merupakan 1 jenama terunggul di hati pengguna sebab dah ada lama kat pasaran.

Still sebelum korang cuba mana-mana supplement yang ada kat pasaran, make sure korang consult Doktor dulu k untuk tengok tahap kesihatan korang, allergies, keperluan supplement, etc.

Untuk maklumat lanjut tentang semua produk KITSUI, korang boleh tengok di:


  

1 Comments

  1. Perkongsian yang menarik.. Miss boleh juga lihat blog saya ya.. misszarayumna.blogspot.com

    ReplyDelete