Tahniah kepada theAsianparent kerana melancarkan applikasi theAsianparent yang mesra pengguna, mempunyai pelbagai maklumat bermanfaat untuk ibu bapa terutamanya the first time parents termasuk makanan dan nutrisi, perkembangan bayi, etc.
Ada aktiviti dan pameran yang disediakan semasa pelancaran semalam.

Yang paling best untuk den of course la roda impian yang membolehkan semua yang hadir redeem hadiah on the spot hehehehee.
Terima kasih kepada doktor dari Sunway Medical Centre Velocity yang sudi menjawab pelbagai soalan daripada ibu-ibu di medicine booth mereka semasa event pelancaran aplikasi theAsianparent.
Terima kasih kepada MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka, Photobook dan Grab yang menaja event pelancaran tersebut.

Moh kita ramai-ramai download aplikasi theAsianparent ni sebab di samping ada banyak info yang bermanfaat, ia juga ada sediakan forum untuk perkongsian pengalaman, Q&A, ada contest, ada rewards yang korang boleh redeem daripada points yang dikumpul, etc. Serious menarik ni.
Ibu-ibu yang menghadiri majlis pelancaran Aplikasi theAsianparent
Bersama founders Nappies by the Manja Co
Membantu Ibu Bapa ASIA Membesarkan Anak Yang Riang, Sihat dan Berkeyakinan Dengan Aplikasi theAsianparent

theAsianparent, portal keibubapaan terbesar Asia Tenggara dengan rangkaian bulanan mencecah lebih daripada 25 juta pengguna, meraikan pelancaran rasmi aplikasinya hari ini. Direka bagi membimbing ibu bapa Asia hari ini, aplikasi theAsianparent berhubung dengan peringkat berbeza-beza di dalam perjalanan seorang seorang ibu Asia, daripada tahap pensenyawaan hingga hamil kepada penyusuan anak dan kemuncaknya membesarkan anak-anak yang riang, sihat dan berkeyakinan.
theAsianParent di 12 Negara
Kebanyakan mereka yang merupakan ibu bapa buat pertama kali berdepan dengan pelbagai persoalan apabila mengandung. Adakah elok makan nasi semasa hamil? Berapa berat anak dalam kandungan saya sekarang? Mungkin seberat biji longan, jambu atau limau bali? Menerusi komuniti yang terdapat di dalam app theAsianparent, ia memberikan jawapan kepada semua persoalan tersebut.
“Kami menumpukan usaha untuk memperkasakan ibu bapa Asia dan menyediakan mereka dengan peralatan untuk membimbing perjalanan mereka sebagai ibu bapa. Menerusi app theAsianparent, kami berusaha membawa ciri-ciri komuniti dan ruang selamat bagi ibu bapa yang semakin cenderung mengamalkan gaya hidup digital,”kata Serina Sue, Timbalan Pengurus Negara theAsianparent Malaysia.

Direka khusus bagi memenuhi keperluan ibu bapa Asia, aplikasi theAsianparent memaparkan ciri-ciri penjejak kehamilan dan memantau perkembangan harian dan juga memberikan maklumat penting seperti jangkaan simptom dan peringatan yang ibu mengandung perlu beri perhatian. Malah selepas bersalin, ibu bapa boleh terus menjejak perkembangan anak mereka sehingga ke usia enam tahun.
Dilengkapi dengan panduan komprehensif tentang makanan dan nutrisi, aplikasi theAsianparent juga membantu ibu bapa memilih makanan yang sihat semasa tempoh kehamilan dan memberikan nasihat tentang makanan berkhasiat terbaik untuk bayi. Senarai penuh ini turut merangkumi rujukan makanan tempatan seperti nasi lemak dan sirap bandung supaya ibu-ibu di Malaysia sentiasa boleh yakin dengan makanan yang mereka makan.

Sebagai tambahan kepada forum sokongan komuniti dan panduan menyeluruh serta artikel, aplikasi theAsianparent turut menawarkan pengguna satu platform untuk bertanya kepada pakar perubatan dan mendapatkan jawapan tentang perkara berkaitan kehamilan dan keibubapaan sambil belajar tentang perubatan, kesihatan dan kesejahteraan. Pengguna digalakkan untuk mengemukakan soalan pada aplikasi dan berinteraksi terus dengan pakar perubatan dari Sunway Medical Centre Velocity dan DoctorOnCall bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang penyakit, vaksinasi dan alahan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.

Tambahan kepada ciri-ciri menarik ini, pengguna aplikasi theAsianparent yang menjawab soalan di forum komuniti atau mengundi dalam pengundian boleh mengumpul mata dengan berinteraksi di dalam aplikasi ini. Pengguna juga boleh mendapat ganjaran menarik dengan menebus mata menerusi bonus ShopBack, langganan iflix dan kredit e-dompet Boost.

Dalam usaha untuk memberikan penerangan bagaimana ibu bapa era digital ini berterusan berevolusi, Timbalan Pengurus Negara theAsianparent Malaysia, Serina Sue Ibrahim membentangkan maklumat tentang tingkah laku ibu-ibu Malaysia di dalam era digital bagi tahun 2019.

Pembentangan ini mengetengahkan bahawa laman-laman keibubapaan kekal menjadi satu daripada sumber utama bagi ibu-ibu era digital bergantung harap bagi mendapatkan bantuan dan maklumat. Kebanyakan daripada mereka berkomunikasi dengan ibu-ibu lain dalam talian dengan kerap.
Turut didedahkan ialah 99% ibu-ibu di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial, dengan yang paling popular adalah Facebook, Instagram dan YouTube.

Dengan peningkatan akses internet dan penggunaan media sosial, tidak dapat dinafikan komuniti dalam talian berterusan menjadi sistem sokongan yang teguh untuk ibu bapa hari ini yang arif dengan digital.

Pengguna Andorid boleh memuat turun aplikasi theAsianparent daripada Play Store manakala pengguna iOS daripada App Store.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari atau follow theAsianparent di:






0 Comments