Buku resepi Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro® yang diberikan oleh Dumex Dugro mengandungi enam (6) resepi menu makanan yang ringkas dan mudah tetapi penuh bernutrisi, mampu milik serta mengambil masa yang paling minima untuk disediakan. Menu-menu ini boleh disediakan setiap hari kepada si manja di mana semua resepi adalah kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, fiber, vitamin dan mineral.
Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro® mengandungi 6 resepi berikut:

1. Kebab Ikan Comel (masa penyediaan 15 minit)
2. Bubur Ikan Riang Ria (masa penyediaan 25 minit)
3. Nasi Goreng Meriah (masa penyediaan 20 minit)
4. Burger Ayam Sayangku (masa penyediaan 20 minit)
5. Quiche Ayam dan Cendawan Enak (masa penyediaan 35 minit)
6. Pasta Si Manja (masa penyediaan 15 minit)
Disebabkan semasa Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro yang berlangsung pada 18 March lepas, semua ibu menggembleng tenaga menyediakan menu Quiche Ayam dan Cendawan Enak Kebab Ikan Comel, makanya den telah memilih menu Burger Ayam Sayangku untuk disediakan di rumah. 

Berdasarkan sesi berkongsi pengalaman dan tips penyediaan makanan di dalam Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro tersebut, den teruja nak cuba masak Burger Ayam Sayangku.

Den telah ubahsuai sedikit Menu Burger Ayam Sayangku berdasarkan kesesuaian tema den berkongsi makanan ini dengan anak-anak Dugro® lain yang berada di taska kerana sharing is caring gittew. Den juga menggantikan isi ayam cincang kepada isi daging cincang kerana anak-anak den peminat tegar daging.

Menu Burger Daging Sayangku

Bagi penyediaan Burger Daging Sayangku (untuk dikongsi bersama anak-anak Dugro di taska), bahan-bahan dan cara penyediaan adalah seperti berikut:

Bahan-bahan

4 sudu besar Susu Dugro®
4 sudu besar air suam (atau suku cawan air suam)
2 ban burger yang disiat kecil
4 batang lobak merah bersaiz kecil, dicelur dan dicincang
1 jambak brokoli bersaiz sederhana, dicelur dan dicincang
Sebekas hirisan daging (terpulang pada kita nak daging banyak mana), dicincang
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa (tapi den tak letak garam sebab terlupa hehehehehe)
1 biji telur (sekiranya perlu sebagai salutan kepada campuran agar melekat)


Bahan Untuk Hidangan

Ban burger
Keju
Hirisan tomato. Den gunakan hirisan tomato cherry sebab memang dah ada dalam peti sejuk.
Hirisan mentimun.

Cara penyediaan

1. Masukkan 4 sudu besar Susu Dugro® ke dalam bekas bancuhan.

2. Larutkan Susu Dugro® dengan suku cawan air suam.
3. Rendam ban burger sehingga lembut. Disebabkan den terlupa nak siat ban burger tu sebelum rendam ke dalam susu Dugro® yang telah dilarutkan, den siat ban burger semasa ianya sedang direndam.
4. Potong lobak merah dan brokoli bagi bersaiz sederhana untuk memudahkan kedua-dua bahan ini dicelur. 
5. Panaskan air di dalam periuk untuk mencelur lobak merah dan brokoli. 
6. Celur lobak merah dan brokoli. Den celur kedua-dua bahan ini secara berasingan kerana lobak merah perlu dicelur lebih lama sedikit. Celur lobak merah (4-5 minit). Celur brokoli (2-3 minit). 
7. Cincang halus lobak merah dan brokoli samada secara memotong atau menggunakan chopper. 
8. Cincang halus hirisan daging. 
9. Gaulkan ban burger yang telah direndam dengan susu Dugro yang telah dilarutkan bersama daging, lobak merah dan brokoli yang telah dicincang halus. 
10. Pukul telur.
11. Ambil empat sudu besar campuran dan salutkan dengan telur yang telah dipukul.

12. Panaskan 1 sudu mentega dan bentukkan campuran menjadi kepingan setebal 1 cm di atas kuali leper. Goreng campuran sehingga masak.

13. Sapukan ban burger dengan baki mentega. Terpulang samada hendak panaskan atau tidak ban burger bersama mentega tersebut.
14. Hiriskan tomato dan mentimun.
15. Letakkan tomato dan mentimun di atas ban burger. 
16. Letakkan campuran yang telah siap digoreng.
17. Letakkan kepingan keju. 
18. Tada…..siap untuk dimakan. 
Rupa Burger Daging Sayangku mungkin tidak sekacak gambar di dalam buku resepi tetapi yang penting sekali rasanya tetap sedap dan kekal berkhasiat gittew. Burger ini bolehlah juga dipanggil Burger Daging Melimpah Ruah Sayangku sebab melimpah-limpah campuran daging + brokoli + lobak merah di dalam satu hidangan ini.

Anak sulung den, si F nih sejak daripada kecil memang merupakan seorang yang sangat memilih makanan (a very picky eater) lagi-lagi bila nak makan sayur. Bila tengok dia makan ¾ burger ini dengan sekali hadap membuktikan Burger Daging Sayangku yang sedap dan bernutrisi ini memang kena dengan selera beliau.

Disebabkan resepi menu Burger Daging Sayangku yang ringkas dan mudah tetapi penuh bernutrisi ini den sediakan untuk dikongsi sekali bersama anak-anak Dugro® di taska, makanya den simpan campuran burger di dalam tupperware dan diletakkan di dalam peti sejuk sebelum dihantar ke taska. Makanan yang sedap dan berkhasiat wajar dikongsi bersama untuk menggalakkan tumbesaran serta perkembangan emosi, akal dan fizikal kanak-kanak yang positif. 
Siap untuk dihantar ke taska
Disebabkan resepi menu Burger Daging Sayangku mudah dan ringkas untuk disediakan, den menyediakan menu ini dengan bantuan anak bujang den yang berusia 7 tahun di mana proses penyediaan menu ini merupakan salah satu sesi bonding di antara den dan anak-anak den sebagaimana tagline Dugro ICP 3 iaitu Create So Much Stories Together during the cooking session.

Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro pada 18 March lepas sememangnya mencetuskan rasa semangat dan keterujaan untuk den menyediakan menu ringkas, mudah, berkhasiat dan murah untuk anak-anak den. 

Den akan cuba lagi 5 resepi lagi yang terdapat di dalam Buku Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro agar den dapat menyediakan makanan bernutrisi yang ringkas kepada anak-anak den.

Di dalam penyediaan menu Burger Daging Sayangku, pelbagai nutrisi vitamin dan serat boleh didapati daripada susu Dugro® sendiri, daging, brokoli, lobak merah, tomato, timun, ban burger dan keju yang mana merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh kanak-kanak membesar.

Pengambilan susu Dugro® yang telah diketahui mengandungi pelbagai nutrisi, DHA yang tertinggi*, Omega 3, Omega 6 dan satu-satunya produk susu yang mengandungi serat IcFOS setiap hari merupakan pelengkap kepada keperluan pemakanan seimbang untuk tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak. Pakar nutrisi mencadangkan supaya kanak-kanak minum 2 hingga 3 gelas susu setiap hari. 

Jom semua ibu kita cuba keenam-enam resepi yang ada di dalam Buku Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro® untuk anak-anak kita sebab mereka berhak mendapat yang terbaik.

Harapnya Dumex Dugro® akan sudi menganjurkan pelbagai program di masa hadapan kerana program-program anjuran Dumex Dugro® sememangnya bermanfaat dan mempunyai nilai tambah kepada ibu dan anak-anak. Semoga den diberi peluang untuk terus menyertai program anjuran Dumex Dugro® di masa akan datang…really looking forward to joint them all.

Untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan produk, menu 6 hari untuk si manja Dugro®, nutrisi pemakanan seimbang serta perkhimatan yang ditawarkan oleh Dumex Dugro®, boleh lawati dan berhubungan dengan pasukan Dumex Dugro® melalui:

laman sesawang : https://www.dugro.com.my


IG : @DumexDugro

Careline (24 jam) : 1800-38-1038

2 Comments

  1. sedap kan, saya pun dah cuba menu burger ni memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap....yang paling penting budak-budak suka dan senang nak buat

      Delete