Dah nak masuk sebulan berlalu, posts sesi bercutian pendek bersama keluarga nih tak habis-habis lagi hehehehehehehhe.

Hari terakhir percutian ni ada kitaorang ada satu aktiviti utama je iaitu menengok hidupan laut di The Shore Oceanarium Melaka.

Sejurus lepas check out dari M2 Boutique Hotel, kitaorang terus je pergi breakfast kat kedai yang terdekat dengan The Shore Oceanarium Melaka. Kedai yang dijumpai adalah kedai mamak. Makanya breakfast la kitaorang di sini.
Lepas tuh musykil kenapa paras kolesterol mencanak-canak ye
Mana la kedai mamak tak tumbuh pesat kan sebab dekat Shah Alam dah tentu-tentu la kitaorang makan kat kedai mamak. Dah berjalan sampai Melaka pun masih makan kat kedai mamak juga…haish.

Kitaorang menengok hidupan laut di The Shore Oceanarium Melaka dalam 2 jam lebih.

Lepas tuh kitaorang terus je gerak balik ke Shah Alam.

Terserempak pula dengan Kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil. Disebabkan mata den kero, den nampak macam tak ramai orang beratur. Tapi bila dah sampai kat kedai tu baru la perasan barisan orang beratur tuh membentuk huruf U tapi disebabkan dah alang-alang sampai, den beratur la juga nak merasa kuih keria viral ni. Den beratur selama 30 minit, siap tapau teh o air ikat tepi lagi sebelum dapat membeli kuih keria sebanyak 2 bungkus dengan harga RM 12 (tak ingat dah sebungkus ada berapa ketul).
Berenyut-renyut orang beratur


Den rasa keria ni sedap je la sebab banyak keledek cuma termanis sedikit gulanya.
Masa on the way nak masuk ke highway tuh, terserempak pula dengan orang jual durian kampung RM 8/kilogram. Den beli 3 biji dengan harga RM 39. Dah balik rumah bila buka durian tuh, memang marvellous duriannya. Sangat berbaloi dengan harganya. Langsung kecewa tak beli banyak durian tuh.

So begitu la kisah percutian pendek kitaorang sekeluarga pada kali ini. Walaupun buong tak beberapa sihat dan ada beberapa tempat yang kitaorang terpaksa skip but still it was a memorable trip for us.

0 Comments