Alhamdulillah….ada rezeki lagi bertemu April pada tahun ini.

Sekejap je masa berlalu kan? Dalam dok kalut dan busy sana sini, etc dah masuk bulan April.

So what is in store for my April?

In sya Allah, I will be busy in April….sama je kan macam bulan-bulan lain. Sokmo je busy heehehhehehe.

1. Nak cuba ganti puasa sedaya yang boleh. 17 days more to go huhuhuhuhu.

2. Hari nak menyerah diri kena bombat dengan Dr di PPUM sebab result tahap kolesterol yang tidak memberangsangkan huhuhuhhu. Lets hope Dr bagi peluang lagi sekali untuk den mencuba pemakanan dan gaya hidup sihat.

3. Nak kekalkan momentum baca 1 novel Melayu dan 1 novel English. 

4. Kalau sempat nak jengah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung dari 27 April hingga 6 Mei 2018 di PWTC.

5. Count down nak tengok movie Avengers : Infinity War yang akan memulakan tayangan pada 27 April. Nak bawa si A yang merupakan peminat tegar superheroes. 

#Yang sebenarnya den yang menjamu mata lebih sebab there will be lots of handsome heroes in this one movie kot. 

6. Nak mula berzumba semula setelah sekian lama ditinggalkan huhuhuhuhu. Berangan nak check out zumba classes kat satu gym ni. Harapnya tidak tinggal angan-angan je la.

7. Nak muktamadkan satu perkara berkaitan pengurusan kewangan. Lets hope I will be super rich later on hehehehehe. Angan-angan mat jenin ni. 

8. Nak submit resume untuk satu jawatan kosong yang dulu den pernah tolak tawarannya (I was so young, na├»ve and stupid at that time….haish). Lets hope I will be given a second chance. Penat dah rasanya mengemaskini resume hehehehhehee.

9. Hopefully dapat bawa kiddos ke satu tempat yang den memang nak bawa diaorang pergi tapi tidak kesampaian padahal dekat je pun. 

10. There will a be a short trip for 4 days 3 nights with konco-konco. Entah bila la ketua delegasi nak memuktamadkan booking hotel dan itinerary program nih. Moga jadi la hendaknya sesi berjimbaan ni. In sya Allah.

Cukuplah kot 10 checklist yang perlu diusahakan untuk bulan April ni.

Mari kita sama-sama berdoa semoga Allah berikan kita rezeki yang lebih baik di bulan April.

Lets be awesome April!

0 Comments