Rasanya dari tahun lepas buong dok cakap nak cari satu portable sewing machine supaya senang dia nak jahit apa-apa yang patut macam lencana sekolah, repair kaki seluar, jahit shawl bini dia yang terkoyak, etc.

Ha…..dia yang nak menjahitnya k, bukannya den ni yang memang tiada langsung skill menjahit dan tidak berminat nak belajar pasal menjahit (setakat nih la). Mungkin trauma semasa hampir menjahanamkan mesin jahit makcik den 25 tahun lepas semasa membuat projek Kemahiran Hidup iaitu beg serbaguna dan apron atau den memang purely just malas.

Ada la juga kitaorang usha mesin jahit di kedai-kedai yang ada termasuk Singer, etc tapi buong tak berkenan dengan harga yang tidak mampu milik gittew. So pencarian mesin jahit nan sebuah itu telah ditangguhkan buat sekian lama.

Makanya bila newsfeed tentang jualan gudang mesin jahit oleh LSN Sewing Machines nih lalu di facebook den, den sebagai isteri mithali telah memberitahu buong tentang kemungkinan ada mesin jahit samada jenama Brother atau Singer yang boleh ditengok mana tau berkenan dan jatuh dalam kategori yang boleh dimiliki.

Makanya kitaorang pergi la meredah kesesakan lalu lintas untuk ke kedai LSN Sewing Machines yang terletak di Bandar Damai Perdana, Cheras. Memang kena guna Google Map atau Waze k, kalau tak memang payah nak jumpa kedai ni.
Ada pelbagai model mesin jahit jenama Brother, Singer dan Juki di sini. Penjual memaklumkan bahawa hanya jenama Brother dan Singer menawarkan warranty selama setahun selepas pembelian sedangkan jenama Juki tiada memberikan warranty.
Hampir kesemua mesin jahit yang dijual dalam tempoh jualan gudang ni harganya adalah 15% diskaun daripada harga yang normal (kata jurujual tuh la).

Setelah puas menilik dan bertanya itu ini kepada penjual, buong kata dia berkenan dekat mesin jahit yang mempunyai fungsi yang basic dengan harga yang buong kata not so bad. 

Selepas kitaorang buat pembayaran, pekerja kedai akan menunjukkan cara-cara menggunakan mesin jahit yang dibeli secara umum. Buong la yang belajar macam mana nak mengoperasikan mesin jahit ni. 
Buong tengah belajar macam mana nak gunakan mesin jahit model yang kitaorang beli
Di kedai ini juga menjual pelbagai peralatan berkaitan jahitan seperti pelbagai jenis zip, jarum, benang, etc termasuklah buku-buku berkaitan jahitan, kraftangan, hantaran, etc.
Ada juga satu rak yang menjual shawl yang telah dijahit. Ada yang 3 helai RM100 dan ada yang 3 helai RM130.
Di kala buong sibuk membelek mesin jahit yang ada dan den sibuk mengambil gambar di sana sini, anak-anak den yang mudah terhibur tuh dok sakan main susun menyusun benang-benang yang ada di kedai tuh. Siap duduk bersila kat lantai bermain. Haish takde diherannya kuman ke ape.
Sejenis kegembiraan budak-budak. Kat mana-mana pun boleh main. Semua benda pun boleh jadi mainan
Den sebenarnya tak pasti la harga mesin jahit kat sini murah ke tidak sempena jualan gudang ni tapi di dalam masa hampir 20 minit kitaorang di LSN Sewing Machines nih, ada 3 orang yang membeli mesin jahit daripada model dan jenama yang berbeza (orang kepochi macam den nih memang suka perati orang). So den agak memang harga yang ditawarkan semasa jualan gudang ni agak murah la gamaknya ye.

So kepada sesiapa yang berhasrat untuk membeli mesin jahit atau nak membuat tinjauan harga dan tengok model mesin jahit yang ada, bolehlah berkunjung ke LSN Sewing Machines yang terletak di:

24, Jalan Damai Perdana 1/8C, Bandar Damai Perdana, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Kalau siapa yang tidak dapat ke kedai, boleh juga tengok tentang produk yang terlibat dengan jualan gudang di www.lsn.com.my

Jualan gudang ini akan berlangsung hingga 10 April 2018 (7 petang). So ada lebih kurang 3 hari lagi untuk survey mesin jahit di sini ye.

0 Comments