My baby turns 4 on the 6th March 2018.  Alhamdulillah.

4 tahun lepas pada tarikh yang sama, this cheeky boy la yang tiba-tiba duduk tersenget (tranverse) dalam rahim den sampai menyebabkan mama kena emergency caesarean.

Lepas tuh dia prolonged jaundice dengan sakannya menyebabkan dia duduk kat ward lebih 2 minggu. Sebab sakan dok menguruskan dia yang kuning tuh, luka caesarean mama bernanah.

Ngeri kalau dikenang-kenang semula. Masih terasa ngilu pada parut caesarean tuh.

Den pilih namanya semasa tengok dokumentari pasal Sultan Mirza.

Untuk sambutan hari lahir A, seperti biasa ada 2 kali sambutan iaitu potong kek dengan abang F kat rumah sebab abang F tak dapat joint celebration kat taska sebab abang pergi sekolah.

Kemudiannya jamuan ringkasbersama teachers dan kawan-kawan di taska.

Disebabkan mamanya tak serajin mana, makanya mama tempah kek birthday dan bihun goreng, goreng nuggets dan keropok untuk jamuan ringkas kat taska + goodies bags untuk kawan-kawan di taska. Tiada tema bagai.

Tema birthday kiddos setiap tahun adalah asal buat + yang penting ada kek dan sedikit goodies untuk kawan-kawan camtuh je la.

Kek birthday yang dipilih oleh A pada tahun ini masih bertemakan Ultraman sama seperti tahun lepas. Tahun lepas figura Ultraman boleh dimakan. Tahun nih figura Ultraman adalah patung yang boleh dibuat main.

Disebabkan sambutan birthday di taska dibuat pada waktu petang, makanya tengahari tuh den dan A pergi berjalan-jalan dekat Aeon Bukit Raja. Sempat la dia paw den patung ultraman sebagai birthday present. Kemudiannya kitaorang berdua melayan Black Panther movie (second time for him and third time for me hehehehehehhe). Eh nih treat untuk mama ke untuk birthday boy kan hehehehheehe.
My Ultraman

Manja sangat kedondang sayang seorang nih. Masih tidur di atas lengan mama setiap malam. Haruslah sebelah kanan tangan mama nih sado. Bila mama bangun tengah malam pergi ke toilet, dia mesti je terjaga dan menangis sakan macam la mama tuh hilang.

Anak yang lebih tough daripada abang. Tak tau la berpendirian teguh atau keras kepala hehehehehhe.

Mama doakan A dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, menjadi anak yang soleh, be the kind hearted and blessed person sebagaimana maksud A, dilindungi daripada segala kejahatan dan segala apa yang dikhuatiri serta ditakuti, etc.

You are always going to be my baby.
Birthday boy with his birthday present