Selepas pergi ke klinik dan buong menelan sebeban ubat, bergeraklah kitaorang sekeluarga ke Gelang Patah, destinasi hotel pertama kitaorang. 

Perjalanan 3 jam lebih tuh memang la happening dengan hiruk pikuk budak-budak ni yang sekejap best friend forever, sekejap enemy from the state, etc. Tahan mata diaorang tau bergelinjangan dalam kereta.

Dah masuk ke tol Gelang Patah tuh, baru la den teringat yang den tak packing baju tidur untuk den dan buong. Seluar jeans den pun terlupa nak masukkan dalam beg. Dah ada sehelai seluar slack yang den pakai masa pergi kerja pada hari tuh je. Haru sungguh.

Lepas dinner kat kawasan Gelang Patah tuh, kitaorang ronda juga cari kedai pakaian tapi tiada ye. Biasanya banyak je kedai jual pakaian kan. Tapi kalau dicari tu kan memang la tak jumpa satu kedai pun yang menjual pakaian. Dah la buong memang tak sihat. Tak larat dia nak merayau sampai ke pekan Gelang Patah. Terus je la check in di Hotel Natura lepas dinner tuh.

Makanya kitaorang tidur je la pakai baju siang huhuhuhuhu.

Makanya percutian 4 hari 3 malam pada kali nih, baju tidur den dan buong adalah sangat meriah sangat sebab pakai baju jalan.

0 Comments