Puteri Harbour - Desaru - Bandar Hilir merupakan tiga (3) persinggahan kitaorang sempena cuti sekolah selama 4 hari 3 malam bermula pada petang 21 Mac hingga 24 Mac.

Petang 21 Mac (Rabu) hari kitaorang rancang nak mula bercuti dan bergerak ke Johor.

Pukul 2 pagi hari yang sama buong dok berulang alik ke toilet beberapa kali sampai la subuh sebab dia keracunan makanan (suspect utama adalah mee soto yang dimakan di food court AEON Mall untuk dinner). Dah terlampau sangat mem’buang’ sampai buong rasa nak tidur je kat toilet, buong end up demam.

Kalau nak diikutkan, memang buong tak lalu nak berjalan-jalan sebab demam. 

Kalau kitaorang booking hotel je, memang kitaorang cancel je la percutian sempena cuti sekolah ni sebab kitaorang booking satu hotel je pun through Agoda. Being us yang sinonim dengan hotel bajet, takpe la rugi sikit daripada tak enjoy the vacation.

Tapi disebabkan kitaorang dah bayar tiket untuk masuk ke Thomas and Hello Kitty Town pada awal bulan Mac yang mana harga tiketnya adalah mengerikan, makanya kitaorang gagahkan juga la diri untuk bercuti-cutian nih walaupun buong tak sihat sangat.

Hanya 50% komponen di dalam perancangan percutian kali ini berjaya dilaksanakan disebabkan keadaan kesihatan buong tidak beberapa mengizinkan.

Camne pun kitaorang still happy sebab berjaya melaksanakan misi melepak di Thomas and Hello Kitty Town dengan jayanya. Ini yang paling penting sebab dah bayar in advance dan non-refundable tickets nya tuh.

Kitaorang bernasib baik sebab tak terperangkap dalam kesesakan jalan raya pun sepanjang percutian 4 hari 3 malam ni. Alhamdulillah semuanya smooth je.

So mama dan kiddos kena la berterima kasih beribu bintang kat buong sebab dalam dok demam dan cirit birit tuh, dia masih sudi nak layan kitaorang bercuti ke hulu ke hilir.

0 Comments