Disebabkan kitaorang tak pernah masuk di dalam kawasan Bukit Jelutong, kitaorang memang tak familiar dengan restoran yang ada kat situ.

Makanya kelmarin bila kelaparan sangat semasa dalam perjalanan menuju ke Sungai Lang, kitaorang tersinggah ke Bukit Jelutong, main masuk je jalan mana yang nampak macam okay. Pusing-pusing kat situ terjumpa satu kawasan commercial lots. 

So temanya adalah kita akan terjah je mana-mana kedai yang nampak agak mampu nak bayar sebab tengok kedai-kedai makan kat kawasan nih macam hipster bebeno.

Selepas berpusing sekejap kat kawasan commercial lots tuh, kitaorang terjumpa la restoran Ideaa Station yang terletak kat kawasan belakang sedikit. Pada mulanya tak tau pun restoran ni nama apa, main redah je masuk.

Di luar restoran ini diletakkan berpuluh payung yang berlampu. Memang chantek sangat. Tak sempat ambil gambar sebab masa tuh perut dah lapar sangat sampai tak dapat berfikir. Ingat nak makan dulu baru nak ambil gambar persekitaran di luar restoran tapi itu la dia, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan.

Jejak je kaki ke dalam restoran ni, den rasa macam best sangat sebab suasananya sangat cozy dan semua kelengkapan di dalam restoran tuh ringkas (my kind of interior design gittew).

Kitaorang ordered nasi goreng ayam, ketiaw sup dan sepotong kek. Ada pelbagai menu yang nampak macam mengancam tapi disebabkan perut lapar, kitaorang lebih pentingkan makanan yang mengenyangkan camtuh la.
Macam nih hasilnya bila mama sibuk nak ambil gambar tapi kiddos dah tak sabar-sabar nak makan kek ni

Ikutkan hati nak ambil je ketiga-tiga desserts nih tapi mengenangkan kadar kolesterol mengerikan, maka kita ambil satu je la
In sya Allah next time kalau kitaorang tersinggah ke sini lagi, bolehlah kita cuba pelbagai menu lain termasuk foods yang berada di kiosks di perkarangan luar restoran.

Restoran ini menyediakan tempat duduk di dalam dan juga di luar restoran.

Den kongsikan beberapa gambar yang sempat den ambil di dalam restoran nih ye.
Sesuai lepak kat sini bincang pasal business or PRU. Eh
Lantai yang bercorak ni complete the simple design of the restaurant
Bagi den, komponen yang paling best di dalam restoran ini adalah rak yang sebahagian kecilnya dipenuhi dengan beberapa buah buku daripada pelbagai genre. 
The Book of Tomorrow by Cecilia Ahern tuh adalah antara buku terbaik beliau. Mana la den letak buku Travelog Haji tuh ye? Hmmmmm

Kalau den terdatang seorang ke sini, haruslah den akan menjamu selera sambil cuba menghabiskan membaca sebuah buku.


#Mungkin pengurusan restoran ni boleh tambah koleksi buku yang sesuai untuk kiddos yang berumur dalam 3-7 tahun supaya diaorang boleh belek buku-buku nih semasa ibu bapa nak makan. So tenang la sikit suasana hehehehe.

Ada tiga buah televisyen disediakan di dalam restoran ini.

Bagi den, kalau restoran ini sangat sesuai untuk kita bersantai, melepak dan berehat sebab suasananya yang cozy. Restoran ni juga sesuai untuk kita berbincang isu business, etc sebab ruangan yang disediakan memang selesa.

Kebetulannya masa kitaorang sampai kat restoran tu, hanya ada 4 orang yang sedang menjamu selera. So seronok la hati den sebab tak ramai orang. Bila ada anak-anak lelaki yang ada tenaga Black Panther, TRex dan Ultraman nih memang jenuh sikit bergelinjangannya. Takut kalau ada ramai orang, diaorang tak selesa dengan hiruk pikuk budak-budak nih. Sure la ramai orang nak berehat-rehat menikmati makan malam dengan tenang selepas penat seharian bekerja kan. Alih-alih ada pula budak-budak yang tak boleh duduk diam macam anak-anak den tuh ha. Sure la sedikit sebanyak membuat kacau ganggu kepada orang yang nak bertenang-tenang tu.

Masa dah nak habis makan tuh, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Makanya gambar payung yang sempat den ambil adalah dari dalam kereta huhuhuhhuhu.
Gambar payung berlampu dari kejauhan
Kiosks yang terdapat di luar restoran. Dimaklumkan bahawa kiosks ni semua beroperasi dalam pukul 10 pm ke atas
In sya Allah kitaorang akan datang lagi ke sini untuk mencuba makanan yang lain pula.

Suasana - 5 bintang
Makanan - 3.5 bintang

0 Comments