Kalau korang pergi berjimbaan ke Kuala Perlis, jangan lupa singgah kat Ladang Nipah Khipli, Kuala Perlis untuk minum petang atau early dinner di dalam kawasan yang dikelilingi oleh pokok nipah k…hence the name.
Maklumat waktu operasi, prosedur nak pesan makanan, cara bayar, menu makanan, air, jajan, etc beserta harga dipaparkan dengan begitu jelas sekali kat kedai ni k. Confirm kalau KPDNKK masuk check takde isu tiada tanda harga sebab memang merata-rata depa letak info ni.

Kawasan meletak kereta luas kat sini.
Lepas korang dah confirm duduk kat meja mana, terus pergi kaunter untuk pesan makanan dan inform kat depa korang nak makan dan minum apa beserta dengan nombor meja k. Lepas tuh korang tunggu je makanan dan minuman dihantar ke meja korang.

Macam-macam menu dok ada. Pilih je nak makan apa ye. 
Kitaorang makan beehoon sup dan laksa + air lai chi kang + jajan keropok macam-macam. Den minum air nira. Manih berdecas tapi sedap je la.
Makanan macam ni memang selera tekak orang tua macam den nih ha. Memang makan licin sampai hirup kuah konsepnya. Memang thorrbaekkk.

Rasanya macam susah sikit kalau mengira kalori dan datang ke sini sebab ada aiskrim, kuih muih tradisional, kerepek, keropok, etc yang memang payah untuk diresist kalau korang suka makan macam den nih ha.
Asbab kedai makan ni di dalam kawasan nipah makanya boleh la den ajar anak-anak den untuk mengenal rupa pokok nipah dan buah nipah walaupun sebenarnya den yang lebih teruja nak tengok buah nipah tuh hehehhheehehe.
Tapi iyo lah dah dikelilingi pokok-pokok camnih ha makanya memang akan ada nyamuk. Makanya bersedia la dengan apa yang patut ye.

A very nice restaurant with great food and nature surrounding. A must visit place k.
Waktu Operasi: Selasa - Khamis, Sabtu dan Ahad (1.00 petang - 7.30 malam)

Jumaat: 2.30 petang - 7.30 malam

Isnin: CUTI

Telefon: 017-4306245

Alamat: No. 282, Kg Tanah Timbul Kuala Sanglang, 02800 Sanglang, Perlis

0 Comments