Everly Hotel, Putrajaya

Disebabkan tema berjimbaan 3 hari 2 malam di Putrajaya pada kali ni adalah nak bagi kiddos mandi kolam sampai lebam dan biar papanya mereloh kat bilik hotel dan mama nak breakfast kat hotel, makanya nak tak nak kena la cari hotel yang boleh memenuhi semua kehendak yang agak-agak mampu milik. Tapi harga hotel di Putrajaya memang agak mengerikan sebenarnya tapi dah terkinja-kinja nak ke sini kan, maka bertabah je la.

Yang bestnya tentang Hotel Everly Putrajaya ni adalah ianya terletak sepelaung je dari Alamanda Mall. Memang boleh berjalan kaki. Siap disediakan susur gajah, makanya kalau hujan, kita tetap boleh berjimbaan di Alamanda.

Hiasan di lobi hotel memang la bertemakan sambutan Tahun Baru Cina. Walaupun duduk di lobi dalam 30 minit sementara nak tunggu boleh check in, tak terasa lama sebab sofa yang disediakan memang empuk dan wifi adalah sangat laju.
Budak merajuk sebab tak menyempat-nyempat nak mandi kolam. Sakan la dia kelek pelampung dia tuh ke hulu ke hilir.
Biliknya memang okay sangat. Selesa, kemas dan bersih. Untuk family of four macam kitaorang ni, sesuai ambil 2 katil single sebab bila dirapatkan, ianya akan jadi lebih besar dari king size. Selesa la sikit tidur nanti.
Si F nak juga tido kat sini waktu malam walaupun den dah koba tak sesuai sebab dia tido melasak. Sudahnya memang la tergolek jatuh ke bawah di tengah-tengah malam buta tuh
Semua kelengkapan ada di dalam bilik hotel ni dari siaran televisyen yang pelbagai channel, iron dan iron board, safe box, sejadah, hair dryer, etc.
Yang paling best adalah plug point dia. Ape ke jadah plug point pun den excited kan? First time dalam hidup den, den jumpa plug point yang ada disediakan point untuk charge handphone. So tak perlu gunakan kepala charger. Just guna kabel charger je.
Den jakun tengok plug point spesies macam ni hehehehehehe
#mungkin plug point macam ni bersepah-sepah kat hotel lain tapi disebabkan den biasa menginap di hotel bajet je, den tak pernah jumpa plug point macam ni. Den rasa kalau pembangunan perumahan baru, boleh la kot pemaju sediakan plug point camni kan. Senang hidup oiiii.

Bilik air pun best. Kalau dapat buat bilik air macam ni kat rumah sendiri memang heaven habis la. Memang akan bersiram sakan di dalam bilik air tuh.
Lepas je check in dalam pukul 3 pm, den pun menunaikan janji membawa kiddos mandi kolam walaupun matahari dok tegak di atas kepala. Depa berdua je mandi sampai pukul 5.30 lebih sebelum orang lain datang mandi sama. Sebelum tuh memang sakan la depa conquer pool tuh.
Nak menyampaikan ke pool ni, kena bawa room card sebab pintu untuk pool nih kena guna card nak keluar masuk. Tuala disediakan di tepi pool ni.

Ada kerusi dan meja disediakan di kawasan pool ni. Winning point pool ni adalah ianya mengadap Tasik Putrajaya. So kita boleh melepak di pool sambil tengok view cantik. Sekali sekala ternampak orang berjogging dan berbasikal di laluan di sebelah hotel ni.
Den duduk je la tepi pool tuh membaca buku. Lupa pula nak bawa topi yang boleh lipat-lipat tuh. Kalau tak sure dah gaya macam Che Ta tengah berehat di tepi pool heheehhehehehhe.

Melayan kiddos kat pool dari pukul 3 petang sampai 7 malam k. 4 jam tuh sempat la den baca separuh buku.

Sempat juga beli roti kat bakery di hotel bagi mengisi perut kiddos selepas sakan bergelinjangan di pool tuh. Okay la harga pastries nya, harga lebih kurang bakery kat luar.
RM10. Okay la kan sebab sebesar tapak tangan yang dikembangkan.
Breakfast kat hotel nih memang best. Banyak pilihan dan makanannya semua ada rasa. Dah tua-tua ni tak lalu plak nak mengambil gambar di café sebab keseganan orang ramai. So gambar breakfast den je la yang den ambil ye.
Kalori adalah tidak terkira di dalam gambar ni
Boleh menginap lagi di Everly Hotel ni sebab kemudahannya semua tersedia. Parking pun tak ngeri. Markah penuh kepada hotel ni of course la kerana ianya terletak bersebelahan dengan Alamanda. Itulah killer point untuk hotel ni sebenarnya.

No comments:

Powered by Blogger.