Taman Anggur Perlis atau Perlis Vineyard

Lepas lunch, terus je kitaorang ke Taman Anggur Perlis yang terletak di Kangar (dekat-dekat dengan Taman Ular Perlis).

Sebelum sampai di Taman Anggur Perlis, den dah hubungi Encik Hasanuddin, Pegawai di Jabatan Pertanian Perlis sebab kata mengikut maklumat di website, disebabkan Taman Anggur Perlis masih di dalam proses baikpulih dan penambahbaikan, lebih mudah urusan lawatan sekiranya menghubungi kakitangan jabatan.

Walaupun kitaorang sampai ke Taman Anggur Perlis dalam pukul 230 petang tetapi matahari tetap tegak atas kepala. Memang berpeluh sakan masa melawat kawasan ladang Taman Anggur Perlis ni.
Encik Hasanuddin maklumkan bahawa Jabatan Pertanian Perlis baru sahaja mengambil alih Taman Anggur Perlis ni daripada sebuah syarikat swasta. Kerja-kerja baikpulih dan penambahbaikan sedang dibuat dengan sebaiknya.

Masa lawatan tuh, hanya ada satu plot kawasan yang sedang berbuah di Taman Anggur Perlis ni. Plot lain semua dipenuhi dengan tanah tanih.

Untuk kitaorang yang first time tengok anggur yang masih ada pada pokok, tetap la juga teruja walaupun dapat tengok beberapa gugus anggur je. Budak-budak la yang paling happy sebab dapat tengok anggur di pokok.
Di sekitar Taman Anggur Perlis ni disediakan pelbagai maklumat berkaitan spesies anggur yang ditanam kat sini, etc.
Menurut En Hasanuddin, waktu yang paling sesuai untuk melawat di mana Taman Anggur Perlis beroperasi dengan sepenuhnya dan anggur juga berbuah sakan dan mungkin juga pelawat berpeluang memetik anggur dan membeli anggur yang ditanam di sini adalah pada awal tahun 2019 ni.

So kepada sesiapa yang melawat Perlis pada awal tahun ni bolehlah mengambil kesempatan melawat Taman Anggur Perlis ye. Den rasa masa ni sure dah berjujuk-jujuk buah anggur kat sini. Sure cantik sangat view nya.

Masa kitaorang pergi hari tuh, tiada bayaran masuk dikenakan. Tak sure sebab Taman Anggur Perlis belum beroperasi penuh ke macam mana. 

Di samping tanaman anggur, Taman Anggur Perlis juga ditanam dengan pelbagai tanaman lain seperti buah tin, etc.

Den rasa kalau kita datang ke Taman Anggur Perlis ni semasa anggur sedang galak berbuah dan kawasan ni dah dibangunkan sepenuhnya, memang pengalaman tuh lagi best dan berbaloi.

Another unique and beautiful place to visit in Perlis yar.


Waktu Operasi : Selasa - Ahad (9 pagi - 6 petang)


Isnin Cuti  

Telefon: 04-9770433

2 comments:

  1. Tak pernah sampai Perlis lagi. Jarang nk jumpa Vineyard ni. Menarik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik. Perlis yang comel lote tuh rupanya ada banyak tempat menarik untuk dilawati

      Delete

Powered by Blogger.