Dah makin tua ni memang makin tak kuasa nak berbuka kat luar lagi-lagi dengan kiddos yang dok sakan bergelinjangan ni, makanya setakat 14 hari berbuka puasa ni, hanya sekali kitaorang berbuka puasa kat luar iaitu pada Isnin lepas. Kebetulannya Selasa tuh cuti umum Hari Wesak, makanya gagahkan diri berbuka puasa kat luar sebab nak singgah ke AEON Mall Shah Alam untuk cari seluar raya F. Tuh pun kitaorang tapai Domino Pizza untuk kiddos dan berbuka puasa di kedai mamak yang paling tak ramai orang di Seksyen 13 tuh.

#Dah tua-tua nih makin malas pula nak bersesak-sesak kat mana-mana tempat yang ada orang ramai. Elok duduk dalam gua den ni.

Biasanya untuk berbuka puasa memang den pesan makanan daripada seorang jiran ni yang memang buat operasi mangkuk tingkat. Since last year pun den dok beli food dengan dia. Jika tak berkenan lauk yang jiran den masak, den ada pilihan tapau food di dua buah kedai di apartment tuh samada di Kedai Azu atau Lepaq Place. Kuih memang dibeli setiap hari sebanyak 2 jenis iaitu 1 kuih pedas dan 1 kuih manis.

Weekend so far den masak sebab malas nak keluar rumah.

Sabtu pertama puasa, den masak masak lemak cili api udang galah bersama pucuk paku. Udang galah segar diimport khas dari Kuala Selangor. Disebabkan den letak banyak sangat kunyit, makanya masak lemak cili api tuh dah rupa macam kari pula sebab warna orange hehehehehehehe. 

Ahad pertama puasa dan ahad lepas den cuma masak lamb yang telah den beli siap dimarinated. Kalau masak lamb nih memang tak payah masak makanan lain dah, just makan nasi putih dan lamb gittew. Masa ni nasi memang kena masak lebih sebab budak-budak especially F suka sangat makan lamb.

Kelmarin disebabkan cuti dan tiba-tiba den terajin, makanya den masak empat (4) jenis lauk. Untuk orang yang malas masak macam den nih ha, it was quite an achievement walaupun lauknya sempoi je haahhahahahaha.

Den masak ayam madu, pasta goreng, pasta bolognese dan steamboat.

Sakan tau kitaorang berbuka puasa semalam, makan dengan jayanya sampai segah perut. Lepas tuh gaduh kan kenapa berat tak turun-turun. Haish.

Sahur biasanya den goreng-goreng je sebab tuh je la yang lalu kat tekak pun di kala mamai-mamai tuh. Kalau tak ikan goreng, den goreng telur. Kalau dah muak dengan telur goreng, den goreng pula ayam. Macam tuh je la menu kitaorang.

Lepas dah kenyang makan makanan berat, lepak pula makan kuih raya yang dah dapat. Tak pasti la kuih raya yang dok ada kat rumah tuh sempat tak nak bertemu Syawal huhuhuhuhuhu.
Entah ada rezeki ke tidak bertemu Syawal bagi kedua-dua spesies kuih ni
Happiness is makan sampai lebam I guess.

0 Comments