Masa den dok naik teksi pergi kerja beberapa kali not long ago, den berpeluang sembang dengan pakcik-pakcik teksi yang anto den. Memang rezeki den sepanjang den naik teksi tuh dapat semua pakcik teksi yang ramah tamah belaka. 
 
Anak-anak pakcik-pakcik teksi yang den sembang hampir kesemuanya belajar atau kerja hebat-hebat sampai kat oversea.

Den suka tanya depa tips nak membesaqkan anak-anak agar orang yang molek perangainya di samping sembang pasai isu semasa termasuklah GST, BR1M, etc. 

Ramai cab drivers yang den jumpa English nye berhabuk-habuk sebab ada yang ex-chartered accountant, army, TNB staff, etc (biasanya orang yang lahir tahun 40 an English depa memang gempak sebab depa skolah aliran omputih macam abah den tuh).

So den buat kesimpulan berkaitan dengan tips mendidik anak-anak daripada beberapa orang pemandu teksi yang den berkesempatan sembang dengan depa ye.

Pakcik Teksi 1 - Back To Basic

1. Katanya kena ajar agama, solat is a must. Bila coti sekolah anto anak-anak ke madrasah untuk belajar agama. Biar anak-anak boleh mengaji. Paling kurang biar boleh jadi imam solat.

2. Parents kena jaga sumber rejki yang bagi pada anak-anak.

3. Make sure tak terlibat dengan riba.

#I wonder how tak nak terlibat dengan riba kan sebab almost all the loans ada interest even pinjaman pelajaran @ PTPTN. The best I guess memang kita kena ambil semua jenis pembiayaan Islamik walopun ada debate yang dok kata kadar keuntungan yang dikenakan di dalam pembiayaan Islamik adalah sama je dengan faedah (interest) daripada pinjaman konvensional. Nak tau in details pasal pembiayaan Islamik vs pinjaman konvensional kena la godek internet sendiri k.

Pakcik Teksi 2 - Tell Them Truth Hard Cold Facts

Kata Uncle India yang speaking London nya tuh sangat gegak gempita, kita sebagai parents kena berterus terang dengan anak pasal future. 

Ayat yang dia selalu guna 'you don't cheat me but you cheat your own future'.

Uncle pesan kena duduk sembang dengan anak-anak cerita pasal kepentingan untuk survive, kenapa perlu belajaq, simpan duit, etc.

Pakcik Teksi 3 – Bersabar & Pantau

Pakcik cab (ex-air force army yang dulunye keje kat airport Subang bahagian kapal terbang VVIP) yang tersenyum je tengok anak-anak den dok bergelinjangan dan bergaduh sesame sendiri dalam teksi tuh cakap dia paham ragam budak-budak coz dulu pun anak-anaknye camtuh gak masa kecik. 

Katanya masa dok membesarkan anak-anak, parents kena:

1. banyak bersabar & menahan hati camtuh. 

2. memantau extra anak-anak lelaki nih daripada anak-anak pompuan coz depa suka main & extra malas.

#Pakcik ceite kena make sure PM & TPM tak naik kapal terbang sama-sama coz kalo apa-apa jadi kat kapal terbang tuh so takde la negara takde pemimpin tertinggi camtuh. 

Of coz as parents den nak la anak-anak den cemerlang dalam pelajaran, etc tapi den kena terima hakikat yang semua orang mempunyai kelebihan dalam bidang masing-masing. Ada yang cerdik pandai, ada yang kemahiran dia merupakan asset dia, etc. Yang paling terutama den harapkan anak-anak den jadi orang yang baik hati dan elok perangainya.