Camden Market nih terletak sepelaung je dari Camden Lock and Regent’s Canal.

Camden Market nih tempat shopping macam-macam barang. Daripada cenderahati untuk pelancong sampai la ke barangan harian untuk penduduk London. Yang special nya ada antara barang-barang yang dijual ala-ala antic skit.
Kedai-kedai yang terdapat di sepanjang perjalanan dari stesen keretapi ke Camden Market

Masa kitaorang sampai tuh memang ada kedai yang masih belum bukak. So ronda-ronda la sambil mengambil gambo di sana sini. Singgah kejap membeli souvenirs sekupang dua. Hampir 95% souvenirs yang ada kat sini kita boleh jumpa kat Bayswater. Hanye sekupang dua je souvenirs yang memang jumpa kat sini je. Nih den agak-agak je la sebab kitaorang round kat sini dan Bayswater pun 2, 3 kedai je.

Paling best den jumpa tabung telefon London yang agak antic dan besaq kat kedai yang kitaorang singgah. RM 100 rege tabung tuh tapi den suka sangat sebab dia unik.

Di samping kedai jual souvenirs, baju, etc kat sini jugak ada deretan kedai jual makanan dari pelbagai Negara termasuklah Malaysia tapi kitaorang tak sempat singgah makan kat situ sebab masa kitaorang lalu depa belum bukak lagi.
Bapak besaq sosej. Sure tak abis makan sorang nih.

Kitaorang sempat merasa raspberry pie yang nampak mengancam sangat. Memang rasanya sesedap rupanya.

Kitaorang spend dalam 1 hour je pun kat sini. Rasanya kalo nak puas hati at least kena spend half day kat sini.

#Dalam bulan Julai lepas kalo tak silap ada kes kebakaran sebahagian kedai di Camden Market nih. Haish…banyak plak tragedy yang menimpa London tahun nih kan.

0 Comments