London Canal Museum
Lawatan ke sini merupakan agenda rasmi di
dalam program lawatan teknikal nih. Lokasi muzium nih kat sebelah Sungai
Thames.
Banyak sangat info kat muzium nih berkaitan
sumber air walopun focus sebenaq muzium nih adalah nak ceritakan tentang fungsi
terusan (canal) di Sungai Thames nih masa pengangkutan air merupakan
pengangkutan utama bagi perdagangan, etc.
Diceritakan jugak tentang asal usul pembuatan
aiskrim. Antara info berkaitan pembuatan aiskrim nih adalah ramai orang yang
makan aiskrim nih jatuh sakit sebab tempat simpanan aiskrim tak bersih.
Ada banyak peralatan yang digunakan untuk
pembuatan aiskrim dan mangkuk aiskrim dipamerkan kat sini.
Our guide kat muzium tuh |
Tempat simpan ais |
Info berkaitan kepentingan terusan sebagai
pengangkutan air memang banyak dipamerkan kat muzium nih. Replika jenis-jenis
bot yang terlibat pada masa dan maklumat berkaitan dengannya tuh pun ada.
Ada replika
rumah bot yang kita boleh masuk dan duduk kat dalam tuh. Rumah bot tuh
dilengkapi dapur kecik, ruang untuk tido, ruang untuk simpan makanan, etc.
Ada disediakan sudut untuk kita memberikan
info sekiranya kita pernah bekerja atau berkaitan dengan London Canals. Sesiapa
yang terpilih nanti akan diceritakan kisahnya yang berkaitan London Canals di
sudut Local Voice.
Muzium nih sesuai sangat untuk students sebab
ia sangat interaktif, banyak info depa bley dapat daripada posters, mini bot,
peralatan untuk menyimpan ais dan membuat ais krim, ada butang-butang yang bleh
ditekan untuk berikan info, etc. Masa kitaorang lawat muzium nih, ada
sekumpulan budak-budak sekolah yang dok sakan meriah melawat muzium nih sambil
dok jawab soalan berkaitan muzium nih.
Pekerja kat sini yang den jumpa semuanya
warga emas. Depa merupakan sukarelawan, sangat afficiando dengan sejarah.
Kebanyakan pekerja di muzium di London nih dikhabarkan memang terdiri daripada
sukarelawan.
Pintu belakang muzium nih memang menghadap
Sungai Thames. Kita boleh berjalan kat sebelah sungai tuh. Bley nampak banyak
rumah bot yang dok parking di mana menurut pekerja muzium tuh, memang ada orang
bermastautin dalam bot tuh.
Muzium nih memang menarik untuk dilawati sebab
banyak sangat info kat sini.
0 Comments