On Updating The Resume

Sehari dua nih semangat nak mengemaskini resume macam berkobar-kobar plak. That’s why jarang mengupdate blog sebab dok sakan mengarang resume.
 
Bila dah kerja 16.5 tahun memang banyak perkara yang dah terbuat @ teracah-acah buat @ terberangan buat walopun kita tak terperasan lagi-lagi kalo kita tak pernah rekodkan.

Bila kita dah put in writting, baru la perasan macam wow banyak jugak benda yang den dah buat camtuh la perasaannya (ke den memang perasan tatau la kan).

Bila terpaksa rujuk balik nota, surat, minit mesyuarat, draf peraturan, polisi, bengkel, seminar yang den jadik desk officer nya untuk melengkapkan resume tuh, ada rasa macam sebak-sebak sebab den adalah sebahagian daripada pioneer work force yang berkerja untuk department yang baru ditubuhkan pada ketika itu, department yang pernah diarahkan untuk ditutup sehinggalah sekarang department dah ada pendapatan sendiri sampai boleh beri kemudahan kerja lebih masa, bonus, panel klinik, etc pada staff.

Sentimental feeling bila kita bekerja on ground zero sampailah department kita diperakui nih memang la lain rasanya. 

Perasaannya den rasa berbeza bagi orang yang masuk masa department baru ditubuhkan dan takde apa-apa dengan orang yang masuk masa department dah nak sambut ulangtahun ke 18 dan dah ada-ada. 

There are still a lot to in updating my resume but I am getting there slowly (slower that siput babi rasanya). Not helping when I wish to do it in two versions (BM & English). 

In term of the resume itself, I think its 60% done.

Hopefully it will be 100% complete by mid December coz I have my eyes on this one particular company which stated the deadline to submit the resume is on 31st December 2017. 

Dapat ke idok interview tuh belakang kira la. Yang penting sempat siapkan resume & anto sebelum deadline.

#Tuh tak kira lagi perancangan nak uruskan all the certificate yang den dapat masa attended lots of seminar, bengkel, kursus, etc tuh. Nak cari sijil-sijil yang den dah campak depa kat mana pun satu hal. Nak sort out ikut tahun, kategori, bagai lagi. Lepas tuh nak scan plak dah. Damn.

Wish me luck k.

No comments:

Powered by Blogger.