Wordless Wednesday 31/2026

 

Jiran yang tangan berseni bagi bunga😍
Cubaan hendak eat clean kononnya tapi tiba-tiba ada nasi yang boleh tahan banyak pulanya😅Pinggan suku suku separuh itu kali terakhir digunakan adalah pada 4 tahun lepas😅
Masak sup ayam makan dengan nasi. Macam mana nak kurangkan nasi entah la ye
Sakan masak nasi goreng cili kering dan tempe goreng. Bye bye bye bak kata NSYNC kepada cubaan eat clean😅
Kita cuba kembali ye bak kata pepatah jatuh sekali bangun 8 kali ke macam mana
Kisar sebiji lobak putih. Pengsan hendak menghabiskannya. Walaupun dicampur sesudu madu pahitnya lekat pada lidah

Teammates bagi buah-buahan dan bunga-bungaan

28 comments

  1. Meriah menu eat clean KSarie ni.
    Janganlah disuruh Sy minum jus lobak putih tu. Buat sup pun kadang tak berapa lepas nak telan 🙏🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali aje la KSarie sudi minum ni. Tak lalu dah hheehehhehe

      Delete
  2. Bab lobak putih ni teringat dulu time nak menyusu...paksa makan sebab katanya boleh banyakkan susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...dulu masa menyusu pun kena makan juga lobak putih ni. Masak sup tuh lalu lagi tapi bila kisar ni rasanya melekat dekat lidah dan tekak kelatnya tu😅

      Delete
  3. tak pernah try lobak putih. selalu tengok orang buat sayur atau jus.

    p/s:akak tukar link blog tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup sayur boleh tahan lagi tapi bila jus ni memang terpleot sungguh rasanya.

      Delete
    2. zaman dulu orang makan buat sup sebab nak banyak kan susu kalau dalam pantang. kitanya tak pernah try sebab ada yg kata bau dia. errrr

      Delete
    3. Bau nya memang pahit dan kelat begitu

      Delete
  4. Ehh terbuat steps pulak masa baca tang "Bye bye bye bak kata NSYNC" tu.

    apa fungsi lobak putih kisar tu kak? Nyampah betul kalau arwah mama prepare lauk ni masa pantang maghin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya boleh bantu buang toksin tapi sekali aje la makannya....pahit perit yang tak boleh bawa bincang😅

      Delete
  5. Makan lobak putih kisar tu sebagai penawar ya?
    Saya makan lobak putih yang dibuat kerepek je 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya untuk buang toksin dari dalam badan. Kalau buat sup okay lagi rasanya

      Delete
  6. Bestnya dapat bunga. Wangi bunga dua-dua tu. Takpe, lepas makan buat senaman sikit bagi bakar kalori. Berhasil tak kalau macam tu ye? hihi...
    Boleh tu kurangkan nasi ambil sayur lebih dan protein lebih. Bak kata Aman RA dalam lagu bangun tu, "Kalau jatuh sekali, aku bangun tiga kali"
    Uishh lobak putih makan fresh ke tu? Saya suka lobak putih tapi kena tumis air lah baru sedap.
    Alhamdulillah hati pun berbunga dapat bunga dan buah-buahan macam ni. Take care Kak Sarie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kalau kita tersasar dari jalan sebenar kita usahakan kembali begitu ye. Ha hati gembira bila dapat bunga. Thanks Fiza😊

      Delete
  7. Eh lobak putih pahit kah kak? Saya pernah makan, tp tak dikisar, rasa2nya tak pahit. Cuma kalau dikisar begini, macam susah memang nak habiskan 😅😅. Tak bisa dipotong2 saja, lalu kukus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya kena kisar begitu tapi 1 kali sahaja la KSarie makan macam ni. Rasa pahit, perit dan payau

      Delete
  8. Haha kelakar part nasi goreng cili kering tu! Cabaran betul nak eat clean bila nasi sup ayam memanggil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukar untuk eat clean bila tuan tanah kedaungnya suka makan 😅

      Delete
  9. bila dah masuk 5 series ni kena pilih diet sihat mengikut piramid makanan...

    ReplyDelete
  10. Waktu saya berjinak-jinak untuk turunkan berat badan lima tahun dulu termasuklah buat DSSS dan entah apa lagi. Tapi yang paling berkesan, makan malam sebelum pukul 6 petang. Tidur awal. Alhamdulillah, dapat berat yang ideal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena usahakan untuk makan ikut jadual makan hospital ni ye

      Delete
  11. Lobak putih memang banyak khasiat kan tapi tu lah pernah dikisar dengan nenas pun masih pahit. Masak lauk ok lagi rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lobak putih masak sup boleh terima lagi dek tekak tapi bila kisar memang terkebil-kebil la nak menelannya😅

      Delete
  12. kira eat clean laa ni. ada protein, buah sayur semua tu. yg tak eat clean tu makan burger betul tak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tuh....tiba-tiba craving nak makan burger Ramli. Acaner tu😅

      Delete
  13. Gigihnya KSarie kisar lobak putih. Kalau buat sup, sedap sikit kot, untuk ditelan. Banyak cubaan eat clean tu. Takpe sesekali gagal, kita cuba lagi. Avocado tu, saya ada terfikir untuk cuba, tapi bila tengok harga sebiji kat supermarket, tak jadi pula. Avocado boleh ganti nasi, lemak sihat. Cantik bunga-bunga yang jiran dan team mates KSarie bagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sebiji RM7 si avocado itu. Memang seminggu boleh makan sebiji sahaja nampaknya dengan harga sebegitu. Tobat dah tak mau makan lagi lobak putih...perit rasanya

      Delete