Assalamualaikum dan salam Jumaat penuh barakah.
Semoga semuanya sihat dan dipermudahkan segala urusan.
In sya Allah masih ada masa untuk membaca Surah al-Kahfi pada hari ini.
Sekali sekala den akan pilih buku untuk dipinjam dari perpustakaan secara rawak.
Kadang kala hendak memenuhkan kuota bilangan maksima buku yang boleh dipinjam pada satu-satu masa.
Buku yang den akan mula baca tanpa expectation yang tinggi.
Tiba-tiba menjadi buku yang terus buat den terpaku seusai mukasurat pertama.
Dan terus menyentuh hati hingga mukasurat terakhir.
Buku yang membuatkan kita memikirkan di mana letaknya tahap iman kita walaupun bukunya bukan buku agama.
Den hendak berkongsikan sebuah buku yang sebegitu.
Panjang resensi buku ini tapi mohon ada kesudian untuk membacanya sehingga habis ye.
🌸📘Autobiografi Shahnon Ahmad
✍️Shahnon Ahmad
📖281 mukasurat
🏫Perpustakaan Awam Batu Gajah
Buku autobiografi yang membuatkan den
terkenang zaman kecil, merenung tentang masa depan agama, bangsa dan negara dan
muhasabah diri untuk perjalanan kembali ke akhirat.
Arwah Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara
kedua meninggal dunia pada 2017 ketika berusia 84 tahun menulis
autobiografi ini pada 2006 yang membuatkan mahu tidak mahu kita terpaksa
berfikir dan mencari maklumat lanjut yang berakhir dengan satu renungan
panjang.
Beliau yang berasal dari Sik, Kedah membahagikan autobiografinya kepada 8 bahagian yang menceritakan:
✅kehidupannya daripada kecil
✅ketegasan bapanya menyebabkan beliau terpaksa belajar sehingga memasuki asrama
✅kerjaya sebagai askar, cikgu dan pensyarah
✅perjalanan penulisannya sehingga beberapa cerpen dan novel diterbitkan
✅perjalanan bersama Silat Cekak Ustaz Hanafi
✅penglibatan di dalam Darul Arqam dan PAS
✅berkhidmat sebagai ahli politik sebagai ahli Parlimen
✅kontroversi novel SHIT
✅mengharungi pahit getir penyakit Myasthenia Gravis
✅persediaan ke akhirat
3 bab yang den baca paling lama dan berkesan di hati den adalah Al-Arqam, PAS dan beruzlah.
Masa baca tentang Silat Cekak Hanafi, langsung teringat tentang den yang tersertai Persatuan Silat Cekak Hanafi😅
Sempat la satu semester belajar rasanya.
Masih ingat lagi rasanya 2,3 buah silat sampai sekarang😅.
Penulis membuat penyelidikan sendiri
sebelum menyertai al-Arqam kerana misi dan hala tuju al-Arqam yang jelas
untuk membangunkan kehidupan Islam yang berlandaskan al-Quran dan
al-Sunnah.
Antara hasrat al-Arqam untuk melahirkan para ulama atau intelektual Islam yang sejati.
Banyak perkara yang beliau huraikan tentang al-Arqam terutamanya konsep tarbiah dan pendidikan sebelum ianya
difatwakan sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5
Ogos 1994 kerana ajarannya bertentangan dengan akidah dan syariah Islam yang membawa kepada syirik.
Penulis menyertai jemaah PAS di zaman
kegemilangan PAS yang diterajui oleh gandingan Mursyidul Am PAS Tok Guru
Nik Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Ustaz Fadzil Mohd Noor
yang memaknakan roh kepimpinan dan ilmu ulama pewaris para Nabi.
Kuliah Tuan Haji Hadi Awang di Masjid
Rusila yang berpesan berkali-kali 'Marilah kita menjadikan akidah
sebagai landasan kita' seharusnya dipegang teguh oleh semua jemaah PAS.
Den kena dengar ceramah ni nanti.
Ustaz Ashaari Muhammad dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah dua orang penulis prolifik yang penulis kagumi.
Banyak maklumat tentang kepimpinan asal PAS dan Al-Arqam yang dibincangkan di dalam buku ini.
Agak sebak dada ye bila satu jemaah yang diharapkan memperkukuhkan, menegakkan dan memperjuangkan kehidupan berlandas syarak jadinya seperti hari ini🥲.
Sayangnya al-Arqam telah "tersungkur di pintu syurga" (merujuk kepada tajuk buku oleh Zabidi Mohamed pada 1998).
Den turut sama merasa syahdu berkongsi kerisauan penulis sekiranya PAS menolak kepimpinan ulama dan mengantikannya dengan kepimpinan sekular yang dibawa sebagai ulama moden dan pascamoden🥲.
Mungkin sebab den udah tua, jadinya bila baca tentang perjuangan al-Arqam dan PAS yang sebenar pada asalnya untuk menegakkan Negara Islam memang buat hati sebak dan mata berkaca-kaca sebab sebagaimana petikan di dalam buku ini:
"Negara Islam itu tidak mungkin dapat ditegakkan kalau individu Islam itu belum wujud, rumah tangga Islam belum wujud dan jemaah Islam yang kita cita-cita nak tegakkan Islam dalam negara itu belum wujud"
Orang tua macam den ni yang semakin hari
semakin dekat dengan kematian ni memang touching sikit bila cakap pasal
Islam, jemaah, dsb sebab mengenangkan diri yang terlalu banyak salah
silap yang perlu diperbaiki dan perlu berusaha untuk sentiasa berada di jalan
yang lurus walaupun selalu terpleot.
Novel SHIT yang beliau karang menyebabkan
pelbagai polemik ketika diterbitkan pada 1999 sehingga ada yang
menyarankan anugerah Sasterawan Negaranya ditarik merupakan antara novel
yang dikatakan antara novel yang kena setepek kepada pemerintah Negara.
Novel ini ada dalam TBR den udah lama tapi masih tidak terbaca🥲.
Autobiografi ini berakhir dengan den termenung panjang.
Penulisan yang menyebabkan den terfikir
jauhnya lagi perjalanan hendak menjadi hamba Allah yang benar-benar
melaksanakan akhlak Al-Quran dan termasuk di dalam golongan 'sedikit
orang terkemudian yang akan memasuki syurga'.
Macam mana buku autobiografi berakhir dengan perasaaan sayu kan?
Terpleot benar rasa hati ini🥲.
Buku ini berakhir dengan senarai buku-buku yang den harap dapat baca suatu hari nanti.
Buku-buku karangan penulis, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Buku yang sesuai diulang baca.
Buku yang akan lama duduk di hati.
Autobiografi yang molek dibaca oleh ramai.
Bila membaca kes-kes mutakhir ini dengan penyelewengan zakat sebanyak RM230 juta, pendakwah selewengkan duit NGO RM12 juta dan sebagainya membuatkan den teringatkan beberapa ayat di dalam buku ini yang bercerita tentang kebobrokan, korupsi dan ketamakan manusia yang diberi tanggungjawab di dalam masyarakat.
Sayu sayat hati mengenangkan nasib Islam di bumi Malaysia ini.
Semoga Allah sentiasa pegang hati kita, ibu bapa, keluarga , pasangan dan keturunan kita untuk terus kekal di jalan yang lurus, dikurniakan rahmat berpanjangan sehingga akhir nyawa, dilapangkan kubur seumpama taman-taman di syurga, dilindungi daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
In sya Allah.






Resensi adalah new term used for ulasan? Semalam baru ternampak buat pertama kalinya perkataan ini diWhatsApp group sekolah anak bongsu. Dan hari ini kali ke2 di blog akak. Betapa ceteknya vocab saya.
ReplyDeleteTerima kasih kak atas ulasan bibliografi ni...satu persatu perkataan saya baca tanpa miss dan saya rasa akak pun mcm sesuai je jadi penulis. Why not akak....
Terima kasih Ammi sudi membaca resensi ini😊. Review atau ulasan sekarang telah diberi nama resensi oleh DBP. Allahu...terharu hati atas saranan untuk menjadi penulis😊In sya Allah
Deleteoh lupa...masa sekolah rendah pernah baca tulisan arwah bertajuk Tunggul-Tunggul Gerigis. Sumpah tak faham sangat tapi sebab dah pinjam di library ammi just baca sampai ke last page of the book
ReplyDeleteBuku ini ada terjumpa di perpustakaan tapi tidak tercapai tangan lagi hendak meminjamnya
Deletelama tak membaca buku fizikal ni. seronok juga sekali sekala mengadap buku.
ReplyDelete😊😊😊😊
DeleteMasyaAllah…perkongsian yang bagus sangat ni. Nak tunggu saya baca sendiri entah bila. Terima kasih banyak kerana rajin menulis panjang.
ReplyDeleteKSarie pembaca yang bagus, banyak berfikir dan menghayati pembacaan. Sebab tu baca autobiografi pun boleh rasa sayu.
Eh sama la kita - pernah join Silat Cekak Hanafi masa di UPM dulu.
Sampai sekarang saya masih buat latihan pergerakan sepak kaki dan tepis tangan tu tau 😀
Ooo ada geng Silat Cekak Hanafi rupanya😊
Deletecuma sy terkilan tidak dpt menonton filem karya Allahyarham iaitu Ranjau Sepanjang Jalan.
ReplyDeleteOoo saya pun tak pernah tengok filem ini. Kena siasat nampaknya ni
DeleteBaru tahu KSarie pernah belajar silat. Wow!
ReplyDeleteSaya pernah baca novel Shit, bapa saya beli. Masa tu, kita sekolah menengah rasanya.
Sedih kan, zaman sekarang kes seleweng zakat berjuta-juta tu. Tak tahu apa nak jadi.
Dulu bapa saya selalu pergi tempat Al-Arqam di Sungai Penchala tu. Selalu bawa balik majalah terbitan dia orang, yang saya selalu baca sejak kita sekolah rendah lagi. Kalau cerita pasal ni, boleh panjang berjela komen kang. Hehe.. tapi macam sama kes dengan Al-Ikhwan by GISB. Saya tak nampak dekat mana salah. Cuma bila orang kita mula maju, ada pihak lain yang akan sekat dengan timbulkan fitnah yang macam-macam.
Kalau ada orang buat tesis PhD tentang Arqam, Al-Ikhwan dan GISB ini bagus juga kan untuk kita tahu apa kisah sebenarnya
DeleteTernyata banyak juga hal2 menyimpang di sana ya kak. Saya kira cuma Indonesia yg pejabat nya, apalagi dari kementrian agama pula yg melakukan korupsi besar.
ReplyDeleteSetuju dengan Kata2 di ata, tidak akan wujud negara Islam, kalau masyarakat nya sendiri, rumah tangga nya, tidak ada yg berniat mengikuti hukum Islam.
Indonesia yg muslim terbesar di dunia aja masih belum menjadi negara Islam 😂. Ga usah tanya kenapa lah, pejabat pemerintah nya aja bobrok semua...
Oh buku beliau pernah dilarang beredar kah... Ini mengingatkan saya dengan beberapa penulis besar Indonesia yg juga dilarang bukunya saat zaman Soeharto. Krn dianggab mengkritik pemerintah
Kecewa kan Fanny kenapa orang Islam yang patutnya lebih berintegriti dan tulus dalam melaksanakan tanggungjawab menyeleweng akhirnya.
DeleteOooo... Almarhum pernah terlibat Arqam eh? Baru tau.
ReplyDeleteHa saya pun baru tau lepas baca buku ni
Deleteal-arqamni femes beberapa tahun yg lalu pasal isu ajaran sesat tu. sayang kan, asalnya ditubuhkan utk benda2 yg baik, tapi makin lama makin mengarut pula..
ReplyDeleteItu la....sayang betul....
DeleteBaca post ringkas ini pun LZ dapat pengetahuan baru tentang sasterawan dan ulama tersohor di Malaysia.. Kalau dapat baca senaskhah tentu best penghayatannya.
ReplyDeleteIn sya Allah berbaloi baca autobiografi ini. Banyak pengajaran untuk kita
DeleteIn sya Allah berbaloi baca autobiografi ini. Banyak pengajaran untuk kita
ReplyDeleteDulu masa sekolah suka baca buku Shahnon Ahmad tak ingat dah buku mana 1... Buku-buku mcm nie mmg ambil masa nak baca dan hadam.. Suka baca ulasan akak.. rasa mcm nak baca buku pula... btw sy tag akak utk segmen in case akak berminat... Boleh join.. Takda paksaan https://www.siinurul.com/2026/04/tag-berantai-jom-berkenalan.html
ReplyDeleteIn sya Allah nanti KSarie joint ye😊Terima kasih sudi tag KSarie😊
DeleteThanks for sharing KSarie. Banyak nya pengajaran dan serta yang terungkai dari buku ini.
ReplyDeleteSama-sama kasih. Semoga ada rezeki kita menambahbaik diri daripada pengajaran buku ini
DeletePernah melihat dgn bangga bila sasterawan negara menjadi ahli parlimen sik kedah pada RPU 1999.. Seronok kalau dapat baca buku ni..
ReplyDeleteIn sya Allah memang berbaloi membaca buku ini
ReplyDelete